Friday, January 29, 2016

Naik Keretapi : Tanah Merah - Tumpat - Tanah Merah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Projek naik kereta api ni sebenarnya dah agak lama di rancang. Segalanya bermula apabila ada keluarga di kampung saya mencanangkan berita bahawa mereka menaiki keretapi dari Tanah Merah ke Tumpat membawa anak-anak berjalan. Bila dah dengar, saya agak teruja untuk membawa ahli jemaah saya, tambah2 pada ketika itu semua anak2 buah ada di kampung. Jadi bincang gitu gini saya, adik dan makcik sepakat untuk pergi pada 17 Disember 2015 dengan 3 buah kereta dengan penuh isi jemaah di dalamnya.


Stesen KTM Tanah Merah, hampir 30 minit dari rumah. Bertolak dekat pukul 9 pagi. Semua excited nak naik keratapi. Last naik keretapi turun di stesen ni masa buat praktikal di Padang Tengku tahun 2003. Hampir 14 tahun lamanya.








Sesampainya di situ, terus beli tiket. Masa tu tak ramai lagi yang datang, tapi lama2 ramai pulak orang yang nak naik keretapi macam kami. Agak lama jugak di kaunter tiket ni sebab line on off. Untuk semua ahli jemaah saya harga tiket pergi balik sebanyak RM42 iaitu RM2 untuk dewasa, manakala untuk kanak2 dan warga emas RM1. Untuk warga emas tu wajib tunjuk IC baru dapat potongan harga.



Sementara menunggu keretapi, haruslah ambil gambar sekeliling dulu. Bila melihat sekitar ni saya tak nampak kesan banjir 2015, barangkali air tak sampai ke sini.


Tangki air untuk kawasan Bandar Tanah Merah.


Kaunter tiket. Seorang pekerja sahaja.


Kantin. Boleh makan dan minum dulu sementara menunggu. Harga boleh tahan.


Menara dan kubah masjid di kejauhan.


2 ahli jemaah warga emas dan 1 lagi bakal warga emas. My Mek, makcik dan saudara sekampung.


Keretapi... keretapi... Dia mari dohhhh. Dari arah Kuala Krai


Masih tertanya2 dan masih belum ada jawapan apakah bendanya lingkaran itu. Yang diberikan oleh pekerja stesen kepada pekerja di atas keretapi.


Jom jom naik. Sukanya dapat naik keretapi. Budak baju merah tu baru 1st time naik... he he he


Booking separuh gerabak.


Roti pun jadik. Seronok weh makan dalam gerabak keretapi ni, feel lain macam sikit.


Tiket... tiket... tiket... Kondukter keretapi. Lama jugak pokcik ni dok check tiket kitorang... maklumlah berkeping2...


Hu ha hu ha dalam keretapi, lebih kurang sejam setengah baru sampai di stesen terakhir Tumpat. Jadi turun dulu kejap kat situ, klik klik ambil gambar. Masa keretapi berhenti ni pekerja KTM tu buat apa entah, dengar2 macam tukar kepala keretapi untuk balik semula ke Tanah Merah.


Dah sampai ke Tumpat. Bab ambik gambar jadik aje.


Memasing bukak bekal makanan, pakat berkelah tepi landasan. Masa ni baru rasa lapar. Gamaknya tenaga dah habis keluar masa perjalanan datang.


Makan nasi dulu.. My Mek


Kuih pun ada. Yang beli, yang bawak dari rumah semua ada.


Jemaah paling muda, 11 bulan tak kena tiket.


Antara perhentian yang sempat diambil. 

Tanah Merah - Bukit Panau - Sungai Keladi - To' Uban - Bunut Susu - Pasir Mas - Cicha Tinggi - Wakaf Bharu - Kok Pasir - Tumpat (rasa2 macam inilah susunan stesen yang keretapi tu lalu. Ingat tak ingat dah.)




Dari Pasir Puteh ke Tanah Merah, naik keretapi ke Tumpat, kemudian kembali semula ke Pasir Puteh, rasa suka sangat2 sebab berjaya bawak budak2 dan My Mek jenjalan. Seronok dengar bila dia balik dan ceritakan pada My Cek. Kalau ada kelapangan lain kali boleh la naik keretapi lagi. Dengar2 citer selepas Tahun Baru Cina ni  perkhidmatan keretapi akan pulih seperti sediakala dan akan memulakan perjalanan hingga ke Gua Musang. Alhamdulillah.... Boleh ejas trip jauh sikit pulak ya!


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. seronoknya kak... dhla umah dkt ngn stesen ktm...
    pg ramai2 msti riuh dlm tuh hehehe...
    siap ngn segala bekalan lg itu yg best tuh
    utk bdk2 seronok jgk bkn selalu dpt naik keretapi udahla murah gile tktnyer

    ReplyDelete
  2. Nk g jln jgk...naik keretapi dr gm ke t.merah..hihihi

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]