Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Pizza by NOXXA... murah dan mudah!
Saya cuba resepi ni setelah nampak Kak Noor kongsi di blog beliau. Agak lain sikit dari resepi sebelum ni. Oleh sebab pizza ni dibuat tahun lepas, maka saya just kongsi sajalah kejadiannya. Sebelum tu saya dah buat guna resepi I tapi tak menjadi sebab yis dah lama dan dah masuk angin. Kata makcik saya yis kena simpan dalam bekas kedap udara supaya tak masuk angin.
Inilah kejadian pizza menggunakan resepi ini. Memang menjadi elok, gebu dan lembut. Fillingnya saya buat ringkat sahaja hanya tumis daging burger dengan sosej sebab bebudak tak makan sayur. Yang ni pun hanya lebihan dari pizza sebelumnya.
Tebal dan lembut. Memang tak puas makan. In Sha Allah akan buat lagi selepas ni. TQ Kak Noor atas perkongsian.
Pizza Noxxa
Resepi : Kak Noor
Bahan doh ( sebenarnya bukan doh juga sebab cair, bukan jugak batter
sebab lebih pekat dari batter )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
2/3 cawan air suam
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh yis
Cara nya
Masukkan je semua nya dalam satu bekas, kacau biar rata, dan tuangkan dalam periuk noxxa, perapkan dalam 30 minit.
Bahan topping
4 batang sosej ayam/daging hiris
1/2 cawan cheese mozarella parut
1 biji bawang holland hiris bulat
3-4 biji cili padi hiris ( versi orang suka pedas ) abai kan je kalau tak suka
sedikit cheese cheddar kebetulan ada lebih yang dah berparut
secukupnya sos cili atau sos tomato
sedikit oregano ( terlupa nak letak )
Cara nya
Picitkan sos tomato/cili di atas doh yang kita perapkan tadi, susunkan sosej, bawang besar, cili padi ikut kreativiti,, taburkan cheese mozarella dan cheddar dan oregano. Masukkan dalam periuk Noxxa, set kan High Pressure selama 5 minit kemudian Stirfry 1 minit. Alhamdulillah pizza kita dah siap dan boleh di makan. Ranggup di bawah dan lembab di atas .

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
nmpak fluffy sgt kak... sampai tenggelam topping tuh... bawang pun tak nampak
ReplyDelete