Showing posts with label Bekal Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Bekal Sekolah. Show all posts

Sunday, June 1, 2014

Bekal Sekolah Bulan Mei

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Cuti sekolah... bestnya dok melepak sesaje. Goyang kaki.. makan nasik.. tido... macam hilang segala masalah dunia. Saya pun santai2 dulu sebelum bertolak balik ke Cameron. Godek2 draf.. ada satu n3 pasal bekal ni yang belum dipublish. Walaupun tak sekolah... kita habiskan je dulu n3 ni dan boleh share untuk bulan Jun pulak.

Untuk bulan Mei nampaknya agak rajin sikit masak memasak. Yang makan disponser pun ada. Tapi dihujung2 waktu sekolah tu makan dekat kantin aje.. dah tutup dapur la katakan.


Tengok2 jom...

1 : Cuti Hari Buruh
2 : Nasi + ikan merah sweet sour
5 : Puasa
6 : Burger roti pita
7 : Cuti Hari Hol
8 : Pizza roti pita
9 : Laksa (sponsored by Cheq Da)
12 : Nasi, telur dadar, bendi goreng
13 : Cuti Hari Wesak
14 : Burger
15 : Nasi goreng
16 : Kantin
19 & 20 : CRK
21 : Nasi, tomyam susu cair
22 : Nasi, ayam masak merah
23 : Nasi lemak lemuni (sponserod by En Che Wang)
26 : Kantin
27 : Kantin

Sunday, May 11, 2014

Bekal Sekolah Bulan April

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Untuk bulan April, saya tak keluar mesyuarat jadi kebanyakan masa ada di sekolah. Bila sekolah, memang kena masak bekal untuk makan-makan. Dalam n3 bekal sebelum ni ada yang tanya, bekal pun ada jadual ke? Sebenarnya bukan jadual ya, ini cuma sebagai kenang-kenangan sahaja. Saya penah kata yang saya mahu mencabar diri saya untuk membuat bekal ke sekolah sepanjang tahun ini, jadi inilah buktinya. Dengan harapan apa yang saya paparkan ini boleh memberi idea untuk memasak pada orang lain. Harap jangan ada yang salah faham.

Jom tengok2 apa yang sempat saya masak sepanjang April lepas..

[Homemade beg bekal, di dalamnya beralaskan plastik peperiksaan]

1 : Puasa
2 : Puasa
3 : Mee goreng
4 : Kantin
7 : Kantin
8 : Nasi + daging black pepper
9 : Nasi goreng ubi kentang
10 : Puasa
11 : Kuetiaw goreng
14 : Nasi + sambal kupang
15 : Nasi + daging masak kicap
16 : Nasi + sup ayam
17 : Potluck
18 : Nasi + daging goreng
21 : Puasa
22 : Kuetiaw goreng
23 : Yong tau fu
24 : Nasi + telur masin + peria
25 : Tak ingat
28 : Puasa
29 : Kantin
30 : Karnival ko-ko

Tuesday, May 6, 2014

Bekal Sekolah Bulan Mac

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila tengok pasal bekal bulan Mac ni, rasa nak gelak sendiri. Nampaknya pada bulan ni saya langsung tak berbekal ke sekolah. Mmmmm... rupa-rupanya saya banyak menghadiri mesyuarat di samping cuti sekolah yang menyebabkan saya hanya dapat berada di sekolah beberapa hari sahaja. Tengoklah, hanya 4 hari dalam bulan Mac, jadi saya memutuskan untuk makan di kantin saja.

3-6 : Mesyuarat
7 : Kantin
10-13 : Mesyuarat
14 : Kantin
17-21 : Kantin
24-28 : Cuti sekolah
31 : Puasa 

Apapun, sambung kembali semangat untuk berbekal pada bulan April. Harap2 jangan jadi macam bulan Mac ni, asyik malas je manjang... Heeee

Wednesday, April 23, 2014

Bekal Sekolah Bulan Febuari

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masuk bulan Febuari, masih gigih lagi memasak untuk bekal ke sekolah. Heee jangan tak tahu, ini cabaran untuk diri sendiri pada tahun ni. Kita tengoklah nanti boleh kekalkan atau tidak. Masalahnya bila bawa bekal ni adalah kadang2 tak tahu nak masak apa. Bila stok lauk tak ada... bila angin nak masak tak ada... susah jugak tau. Bila kita makan, mestilah nak rasa suam-suam atau panas. Masalahnya bila dah beli thermal bag pun masih tak dapat mengekalkan kepanasan makanan. Itu salah satu sebab yang mematahkan semangat saya untuk memasak...

Thermal bag ZEBRA yang saya beli, dalam RM60 tapi tak panas sangat. Kalau makan dalam pukul 9 suam la sikit-sikit. Tensen!!

Nah...inilah antara apa yang saya bekalkan pada bulan Febuari...

1 - 4 : Cuti Tahun Baru Cina
5 - 7 : Mesyuarat
10 - Mihun goreng + tuna bun
11 - Nasi + gulai ikan kembung daun kadok
12 - Kuetiaw kungfu
13 - Nasi dagang
14 - Nasi + tomyam + telur dadar
15 - Nasi goreng **sekolah ganti
17 - Nasi ayam
18 - Nasi + ikan goreng + sup sayur
19 - Macaroni bolognese
20 - Bubur nasi Korea (Dakjuk)
21 - Nestum milo
24 - Mihun goreng
25 - Pizza sosej
26 - Nasi + ikan talapia bakar tempoyak
27 - Nasi goreng + ayam goreng
28 - Fun fries

Thursday, February 13, 2014

Bekal Sekolah Bulan Januari

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Antara bekas bekal.

Tahun ni konon-konon la berazam nak bawa bekal ke sekolah setakat yang termampu dan Alhamdulillah sehingga saat n3 ini ditulis, saya masih berbekal, masih setia memasak sendiri. Sedap tak sedap belakang kira. Bukan kata makan di kantin tu tak sedap, tapi kebanyakan masakan agak pedas dan tak mampu dimakan oleh saya. Pastu ada jenis-jenis masakan yang agak tidak kena dengan selera. Jadi bila masak sendiri, saya lebih puas hati dan dapat je makan apa yang diingini. Walaupun kadang-kadang tu agak pening juga memikirkan nak masak apa...

Jom tengok apa bekal saya sepanjang bulan Januari. Ini ajelah tarikh-tarikh yang saya berada di sekolah...selebihnya tu saya keluar mesyuarat. T_T

2 - nasi / tomyam ikan tenggiri
3 - laksa penang
6 - nasi / ayam goreng / sayur labu
7 - nasi / tomyam / telur dadar
8 - nasi / sup ayam / ikan goreng
9 - sup spageti
10 - mihun goreng
13 - nasi / telur sweet sour
15 - roti naan / gulai ayam
16 - mihun tomyam
17 - nasi goreng
20 - macaroni carbonara / fish finger
27 - nasi / salmon butter lemon / sawi sos tiram / korean egg roll
28 - saudi lamb kabsa
29 - nasi / sup salmon & nori

Kalau sape-sape yang tak ada idea nak masak tu boleh la masak macam bekal saya ni... Selain puas hati makan sendiri, boleh juga jimatkan duit sikit... Err, bila tengok bekal ni baru tahu, hari-hari saya makan nasi rupanya!