Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Saya ni namanya saja duduk Cameron Highlands tetapi tak pernah lagi makan skon yang deme dok jual di ladang-ladang teh atau di ladang strawberi. Nak jugak feeling feeling makan skon dengan jem atau butter atau nutella sambil menghirup teh panas. Tapi itulah tak ada kerja pulak saya nak meredah jem nak ke tempat tempat berkenaan tu semata mata kerana skon.
Jadi penyelesaiannya mudah saja, Google resepi dan buatlah sendiri. Cari punya cari terjumpa resepi ni tapi saya tak tahu milik siapa sebab saya hanya tulis resepi ni dalam buku kecik aje, jadi minta komen eh kalau kalau ada tuannya terbaca post ni.

Rupa rupanya nak membuat skon ni memang mudah. Uli pun tak payah beriya iya mengikut perasaan, hanya cubit manja manja aje. Saya berkenan sungguh dengan resepi ni sebab dia tak guna gula atau garam. Manisnya tu nanti dari jem yang digunakan. Macam yang saya guna atas ni less sugar raspberry jam.