Wednesday, August 15, 2018

Basic Scone

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni namanya saja duduk Cameron Highlands tetapi tak pernah lagi makan skon yang deme dok jual di ladang-ladang teh atau di ladang strawberi. Nak jugak feeling feeling makan skon dengan jem atau butter atau nutella sambil menghirup teh panas. Tapi itulah tak ada kerja pulak saya nak meredah jem nak ke tempat tempat berkenaan tu semata mata kerana skon.

Jadi penyelesaiannya mudah saja, Google resepi dan buatlah sendiri. Cari punya cari terjumpa resepi ni tapi saya tak tahu milik siapa sebab saya hanya tulis resepi ni dalam buku kecik aje, jadi minta komen eh kalau kalau ada tuannya terbaca post ni.


Rupa rupanya nak membuat skon ni memang mudah. Uli pun tak payah beriya iya mengikut perasaan, hanya cubit manja manja aje. Saya berkenan sungguh dengan resepi ni sebab dia tak guna gula atau garam. Manisnya tu nanti dari jem yang digunakan. Macam yang saya guna atas ni less sugar raspberry jam.





Dah banyak kali jugak buat skon ni, ada yang saya buat kosong, ada yang saya letak raisin dan ada yang saya letak choc chips. Makan panas panas tu memang sedap sangatlah, kalau kata nak simpan dalam peti sejuk pun boleh perangat semula. Saya biasanya buat setengah adunan saja, sekali makan 2 biji, tak la rasa bersalah sangat kan. Gituuuu....


BASIC SCONE
Resepi : Unknown (Please comment for credit)

3 cawan teping naik sendiri
1 sk baking powder
80g butter sejuk (didadukan dan simpan dalam peti sejuk sebentar)
1- 1 1/2 cawan susu (saya guna 1 cawan)
Esen vanilla

Panaskan oven 200Ç
Crumblekan tepung dan butter
Buat lubang di tengah tengahnya, masukkan susu dan esen vanilla
Uli hingga rata dan sebati (uli manja-manja aje)
Bila dah mula terbentuk, boleh ratakan dan terap / potong
Glis dengan susu di atas dan bakar hingga masak

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]