Monday, August 27, 2018

Muffin Coklat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hai semua. Selamat berjumpa lagi selepas lama bercuti. Apa khabar? Saya ni dari raya ke 2 dok demam sampai sekarang dok ada rasa tak berapa nak sihat lagi. Tapi tak apalah, nak kasi kita rilek rilek la tu..

Bagi saya, membuat muffin ni salah satu alternatif kepada perasaan nak makan kek. Kadang kadang bila buat kek ni nak perabis tu problem, maklumlah kalau buat saiz kecil pun lama nak habis. Tambah tambah sekarang ni macam segan gila nak share kek dengan orang, macam ada perasaan takut orang say something je pasal benda yang dibuat. Jadi bila buat muffin ni makan seketul dua pastu packing ke sekolah untuk bagi kanak kanak, memujuk untuk buat kerja. Lagi satu  pembuatan muffin ni tak renyah macam nak buat kek, takyah nak mixer bagai, guna kekuatan semulajadi aje dah mencukupi. Satu adunan tu dapat dalam 12 ke 20 biji dah mencukupi untuk sekali makan.



Resepi ni saya peroleh dari FB sahabat blogger jugak iaitu Zack Zachoes. Lepas menyepi kat blog, saya memang tak berinteraksi langsung dengan Zack, sehinggalah bulan Julai lalu saya kebetulan nampak beliau di IG dan saya follow. Lepas tulah baru persahabatan bersambung kembali. Syukur sangat sebab dia pakar dalam masak memasak kek mengekek ni.





Untuk adunan muffin coklat ni, atau sebarang kek yang lain, seeloknya gunakanlah serbuk koko yang berkualiti. Macam saya sendiri lebih suka menggunakan serbuk koko Van Houten walaupun agak pricey. Bukan apa, guna bahan premium baru hasilnya premium. Dulu saya selalu guna serbuk koko repack  tapi hasilnya memang tak sedap (maaf cakap). Jadi membazir pulak sebab nak berjimat. Jadi sekarang ni kalau nak makan sedap jangan berkira okeh.



Untuk resepi ni, rasanya agak sedap. Manisnya ngam ngam dan teksturnya lembut. Bagi penggemar coklat memang disarankan aje untuk mencuba. Rugi tak cuba tau. TQ darling Zack!! Ai SC aje tak jumpa nak C&P..


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]