Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Bila rumah saya sendiri dah siap, saya angkut semua barang yang agak agak tak berapa digunakan bawa balik untuk disim]pan di kampung. Macam periuk NOXXA ni saya guna masa raya dan tak bawa balik terus. Guna pun kekadang ni, yang pasti di musim raya haji ni memang nak guna semula la.
Rebus telur ni alkisahnya nak buat makan nasi lemak di surau. Kebetulan saya balik, dan masa tu dah agak petang jadi saya offer untuk rebus telurnya dulu di rumah. Sebelum ni tak pernah pun rebus telur guna NOXXA dah kebetulan nak buat ni saya Google aje.
Memang mudah dan cepat. Itulah kesimpulan yang saya boleh katakan bila menggunakan NOXXA untuk merebus telur. Hasilnya pun memuaskan, telur tak pecah beriya hanya retak seperti dalam gambar tu je.
Saya rebus sebanyak 2 batch, sebab telur 60 biji kalau masuk 45 sikit pulak batch yang kedua tu. Kata kengkawan yang komen, masa nak rebus tu masukkan sekali hirisan kulit lemon atau cuka, barulah mudah nak mengupas kulitnya.
Selepas rebus kali pertama ni, saya buat pulak untuk kenduri kahwin sepupu, dengan merebus sebanyak 90 biji telur dan saya hanyak buat 2 batch sahaja (sebab telurnya kecik). Memang puashati sangatlah kalau lenkali nak rebus telur takyah sesusah masuk je dalam NOXXa tit tit tit dah siap.
Lepas ni nak try guna alas tuala lembap pulak. Mana tahu lagi senang berbanding kaedah ni. YAng penting gunakan sepenuhnya baru tak menyesal beli....
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]