Tuesday, August 11, 2026

Pesto Hijau

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya tidaklah berada dalam kategori pandai, rajin pun tidak, tapi sesekali saya rasa nak makan, saya akan buat. Begitu jugak dengan pesto ni. Kebetulan tengah mengamalkan pekanan sihat, ini merupakan satu opsyen kepada pilihan sos untuk saya lunch dan dinner. Pesto ni jugak pada saya agak pricey kerana menggunakan parmesan cheese. Baunya memang membuka selera, ditambah pula dengan rasanya yang lemak-lemak masin. Rasanya sedap bila dicecah dengan ayam atau ikan bakar, bukan saja disalut pada pasta.


Cadangan menu. Yang simple-simple aje salmon gril dan salad. Kalau ditanya saya lagi suka digandingkan dengan ayam bakar. Oleh sebab saya hanya guna gajus, adunan sosnya jadi agak pekat. Kalau sape yang suka pedas tu boleh jugak tambah chilliflakes, saya ni memang tak makan pedas. Mungkin sesetengah orang rasa agak muak tapi saya ok je.


Kalau resepi asal guna daun basil, cari-cari tak ada pulak, nasib baik ada daun parsley. Sebelum ni tak pernah beli, tak tahu macam mana rasa or bau dia. Rupa-rupanya bau dia tak la kuat sangat kalau nak dibandingkan dengan daun basil, rasa pun lite-lite je.


Lebihan sos ni saya bekukan agar senang kalau nak makan lain kali. Memang tak habis sekali makan sebab dapat banyak jugak. Simpan tempat beku ni tahan la 3 bulan, InshaAllah boleh habis kot -_-

RESEPI SOS PASTA  / GREEN PESTO
Sumber : FB

Bahan-bahan:
2 cawan daun basil segar - saya guna daun parsley segar
1/3 cawan pine nuts - saya guna gajus
1/3 cawan keju parmesan parut segar
3 ulas bawang putih 
1/3 cawan minyak zaitun
1 sudu teh jus lemon segar
1/2 sudu teh garam
Sedikit lada hitam
Saya tambahkan low fat yoghurt sebab adunan agak pekat, kalau nak safe boleh guna greek yogurt jugak

Cara-cara penyediaannya:
1. Kisar semua bahan jangan terlalu halus. Boleh simpan dalam peti ais. Letakkan sedikit minyak zaitun. 

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]