Sunday, August 16, 2026

Blueberry Crumbs Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah berjaya melayan keinginan tekak untuk buat dan makan kek blueberry crumbs ni. Setelah dua minggu tersidai 2 peket blueberry yang dibeli, akhirnya rajinkan diri jugak untuk mencuba. Kalau dilayankan rasa malas, memang tak jadi apa lah jawabnya. Ececehhhh...

Kek ni lebih kurang sama dengan brums yang pernah saya buat dulu, tapi yang ini testurnya lebih ke arah cakey, walaupun nampak padat tapi lembut sebenarnya.


Maaflah gambar kelam sikit sebab ambil tengah malam guna telefon cap ayam aje. Kek ni agak nipis sebab saya guna loyang 9, patut guna loyang 8. Tak apalah, sebab nak potong banyak, tu yang buat nipis sikit.



Kebetulan blueberry yang saya beli aritu agak besar saiznya, segar pun segar jadi memang puas hati makan. Harga sepeket dalam RM7, tu yang grab cepat-cepat. Untuk crumbs di atasnya tu  tersilap teknik pulak masa buat. Sepatutnya guna butter sejuk, tapi saya gaulkan semua dengan butter di suhu bilik, itulah konon nak cepat, last-last pening nak handle


Untuk resepi yang agak sama lebih kurang camni, boleh rujuk blueberry cream cheese crumble  cumanya yang ni saya guna cream cheese. Kedua-duanya ada rasa yang berbeza. Kalau tanya saya, sejujurnya saya lebih suka yang bercheese tu...lagi premium kata orang. He he he...

BLUEBERRY CRUMBS CAKE
Sumber : FB
Bahan-bahan (Loyang 8x8x2 inci)

A : Crumble
60 g tepung kek + 60 g gula perang + 60 g mentega (sejuk) - gaul rata dan simpan peti sejuk

B : Buah
375 g beri biru + 1 sdb tepung kek - gaul rata dan ketepikan

C : Kek
250 g mentega + 150 g gula kastor + Parutan kulit lemon (1 biji) -pukul rata kelajuan tinggi
Tambah 3 biji telur (A), 1 sdt esen vanila
250 g tepung kek + 2 sdt serbuk penaik - ayak sebelum masuk dalam adunan telur
Masukkan 125 g yogurt asli dan 2 sdb jus lemon

Alas loyang dengan kertas minyak
Masukkan adunan kek, diikuti dengan buah blueberry dan tutup dengan crumble yang diramas kasar
Bakar 60-70 minit suhu 170'C

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]