Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Alhamdulillah masih ada rezeki, apabila buka DSLR saya tiba-tiba ternampak sebahagian gambar-gambar ke Jogja-Dieng-Semarang pada 2016 yang masih belum dikongsikan. Jadi saya tempekkan di sini untuk kenang-kennagan masa depan. Nak ulang pergi tu tak tahulah bila... -_- Saya pun dah ingat-ingat lupa, cuma nak berkongsilah juga seberapa yang boleh.
Kalau buat rujukan di internet, Dieng ni sebenarnya kawasan tanah tinggi. Sepanjang di sana, memang tak lepas dari baju sejuk. Kalau tempat kita ni macam dekat Cameron atau Kundasang lah agaknya. Antara kawasan pertanian jugak. Suka sangat tau, memang rilek sungguh dok sana. Kami menginap di homestay. Di kawasan tu jugak memang mudah nak dapatkan makanan atau warung makan. So jangan runsing okeh, just sedia rupiah aje. Makanan yang paling glemer adalah mie ayam..he he he. Kawasan ni bukan saja menjadi tumpuan pelancong macam kami, malah menjadi sasaran penduduk tempatan juga ya..
Partner in crime. Izza, Anne dan Dil. Tak tahulah macam mana kami ni boleh bersatu bersama-sama dalam grup ni. Deme ni masih aktif ber ke sana-sini. Saya aje yang jadi CCTV ☺
So, jadilah sekeping kan, yanda pernah hadir. Kalau diberi peluang memang nak datang lagi. Di sini saya tak ambil gambar sangat, sebab memang bersantai habis. Di sini jugaklah saya hilang sebelah subang, pemberian arwah ibu. Baliknya baru perasan.. Tak ada rezeki
Antara wisata @ tempat pelancongan yang boleh dikunjungi di sini, termasuklah kawasan-kawasan kawah gunung berapi yang akan saya kongsi kemudian. Tengok kawasan belakang tu kawasan tanah tinggi ya!!
Teringat filem P.Ramlee, bezanya ni basikal dalam filem tu moto..Macam-macamlah ya diorang buat untuk menarik pengunjung.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]