Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Di negeri Kelantan khususnya ada banyak tempat bersejarah yang boleh di lawati. Tapi saya sebagai rakyat Kelatan sendiri secara jujurnya tidak mengetahui tempat2 sebegitu, yang saya takleh nak rekemen pada orang luar yang datang ke sini. Malu bukan?
#sorokmukabawahbantal
Kebetulan ke
Pasir Puteh baru2 ni, saya lepak la di taman yang selalu saya singgah
iaitu Taman Tepi Sungai @ Taman Buaya, ehhhh rupa2nya di situ ada memorial Tok
Janggut, lebih kurang macam taman peringatan lah. Owhhhh I see.... nampak
sangatkan macam tak tahu... -_-
Binaan tugu
keris dan tengkolok. Di belakangnya sepatut ada papan maklumat tapi dah jatuh,
nampaknya ada manusia yang tidak menghargai sejarah, suka buat kemusnahan
vandalisme.
Ada biodata
Pahlawan Tok Janggut ditulis. Agak2 kalau tak buka buku sejarah ingat lagi tak
pasal ni?
Di tugu
peringatan ni juga ditulis tentang sejarah pasal Tok Janggut. Yang saya ingat
dulu dia digantung terbalik, itu ajelah. Yang selebihnya bila baca di tugu ni
baru la faham sesikit. Yang sebenarnya kisah pengorbanan Tok Janggut terhadap
negeri Kelantan, di Pasir Puteh khususnya sangatlah besar. Sekarang, sebuah
sekolah di pinggir bandar Pasir Puteh mengambil namanya sebagai mengenang jasa
beliau.
Di kiri dan
kanan tugu peringatan ni juga dibina dua buah meriam. Kalau ada budak2 tu
bolehlah ditunjukkan meriam ni pada diorang, mungkin dah ada yang tak kenal
antara senjata yang digunakan pada zaman dahulu.
Bersempena
dengan namanya juga iaitu Taman Tepi Sungai, kawasan tepi sungai yang dahulunya
agak semak, sungainya yang kotor telahpun dibersihkan. Siarkaki dan pagar besi
telah didirikan sebagai langkah keselamatan dan keselesaan pengunjung.
Di sebelah
depan taman ni juga ada disediakan bangku untuk duduk2 dan laluan pejalan kaki
ke pasar. Kemudahan yang disediakan sekarang lebih baik daripada dulu.
Kedudukan taman ni yang berdekatan denga Stesen Bas Pasir Puteh / KFC / stesen
kereta sewa / BSN memudahkan akses untuk sampai. Kalau agak2 tak jupa, boleh
jugak cari Jalan Limbongan. Ianya berada di tepi jalan utama Pasir Puteh ke
Jerteh / Terengganu.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
Salam.. :) boleh saya tau, apa nama sebenar meriam itu? :)
ReplyDelete