Sunday, October 19, 2014

Belenggu #1 ~ Suasana...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera




Suasana di Tingkatan Enam Rendah Astronomi Satu (ERAS) gamat seketika apabila loceng pertukaran guru berdering dua kali. Mr Jonathan melangkah keluar. Student kelas itu bergerak dari kerusi masing-masing dan mula mencari member untuk melawan perbualan. Maka bertambah gamatlah kelas itu dibuatnya.



Dumm! Dumm!
Kedengaran meja ditepuk. Semua student senyap.
“Tolong diam! Baca buku masing-masing.” Teriak Buhari selaku ketua tingkatan ERAS.
Student semuanya patuh. Namun tidak sampai sepuluh minit larangan itu, suara-suara sumbang berbunyi semula. Buhari menggelengkan kepala.
Tak makan saman budak-budak ni…
Di satu sudut, sekumpulan student sedang syok bercakap pasal awek bohsia. Di satu sudut pula ada yang sedang ketawa cakap pasal shopping di Lot 10. Dan di satu sudut pula ada yang bercakap pasal Grand Prix Marlboro di Pasing Gudang semalam.
Begitulah halnya dengan student ERAS yang seramai 33 orang itu. Jam menunjukkan pukul 1 petang. Waktu yang cukup merimaskan.
“Selamat petang kelas.” Kedengaran satu suara yang amat dikenali, Headmaster Kolej Tun Abdul Jalil (KTAJ) iaitu Mr Tony Graham.
Student ERAS menjawab salam dan diam menikus. Semuanya tunduk. Tapi cepat-cepat pula mereka mendongak dan melihat kelainan pada Headmaster pada hari ini. Alamak! Student baru! Lalu serentak dengan itu mereka mengatur senyum.
“Ini Gary Thompson, pelajar baru kelas ni. So Gary, silakan.”
“Terima kasih. Hai…nama saya  Gary Thompson. Panggil Gary cukuplah. Sebenarnya saya ni baru datang dari Singapura. Emak saya berbangsa Cina manakala ayah saya berbangsa Inggeris. Saya harap anda semua dapat menerima kedatangan saya ke sini.” Ucap Gary sambil melebarkan senyum. Masih malu-malu. Biasalah…
Student ERAS mengangguk.
“Kenalkan ini Buhari dan ini Jessica, ketua dan penolong kelas ini.” Kata Headmaster lagi sambil tangannya menghala ke nama-nama yang disebutkan tadi.
Gary berjabat tangan tanda perkenalan dengan satu demi satu student ERAS. Buhari menunjukkan tempat duduk Gary. Di sebelahnya Riki, dibelakangnya Yummi dan Zairi manakala di depannya Joe dan Jimmi. Gary nampaknya mesra dengan dengan mamat-mamat motor tu.
Dua tiga orang girls ERAS menjeling-jeling ke arah Gary. Gary senyum saja. Dia bertanya itu dan ini kepada Riki. Dan akhirnya termaktublah kata-kata untuk pulang bersama balik nanti.
Sementara itu datang seorang awek cun ke arah Riki dan Gary.
“Hai, nama I Dydy.” Katanya sambil hulurkan tangan untuk berkenalan.
“Hai.” Tangan bertaut sambil mata Gary tidak lepas menyoroti wajah bujur sireh Dydy yang putih. Dia mempamerkan death smilenya.
Biasalah. Kalau di Singapura, siapa yang tidak kenal Gary? Malah, dia bertandang ke sini hanyalah kerana dia telah di reject di kolej lamanya.
Kring…kring…kring…
Loceng berdering menandakan waktu untuk blah dah sampai.
“Jom Gary!”
Gary mengangguk. Dia bingkas bangun dan sekali lagi senyum pada Dydy. Di tangannya ada helmet bertulis ‘born to be free’. Dalam perjalanan ke tempat parking motor dengan Riki, sempat juga dia bermain mata dengan student-student KTAJ.
“Mana motor you?” Riki menyoal.
“Tu…”
Gulp!!!
Riki menelan liur. Terpesona.
Gary bawa Harley Davidson?
“Riki, kenapa ni?” Gary menepuk bahu Riki yang diam.
Tentu Gary dipandang hebat. Aku pun tumpang glamour walaupun hanya bawa kapcai buruk aje. Yes…
 


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]