Friday, October 10, 2014

Limau Kerat Lintang @ Ase Kiya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya tak pasti kalau belah2 luar limau jenis ni dipanggil apa. Mungkin namanya agak pelik bagi sesetengah orang yang baru pertama kali dengar atau lihat. Limau kerat lintang (setelah di Bahasa Melayu kan) atau dalam loghat Kelantan disebut ase kerat letey atau dikenali juga dengan nama ase kiya, adalah sejenis limau yang sangat2 berharga di dalam spesiesnya.  

Secara amnya, limau kerat lintang ni mempunyai bau yang lagi kuat jika dibandingkan dengan limau nipis, limau kasturi, limau purut atau limau2 yang lain. Ia biasa digunakan untuk buat air asam ataupun diperah ke dalam budu. Rasanya tak usah cerita, memang membangkitkan selera. Kalau dah makan pun, bila bau limau ni perah dalam budu, terus rasa nak makan lagi.

Di belakang rumah saya, ada sepokok limau ni. Masa nak Aidiladha baru2 ni ramai la yang datang ambil buahnya, maklumlah ada daging2 atau perut2 lembu yang nak dibuat air asam tu memang sedap kalau guna buah ni. Kebetulan pulak buah2 limau ni sangat lebat berbuah. Jom kita tengok morfologinya...





Inilah pokok yang saya katakan. Tak berapa tinggi sangat, agak rimbun pokoknya. Nampak tak buah2  yang ada, mungkin tak berapa jelas sebab terlindung oleh daun. Sekali tengok pokoknya lebih kurang sama saja dengan pokok limau nipis.


Nah, kasi close up sikit. Nampak tak....


Rupa paras buah limau kerat lintang. Memang tak anggun macam limau nipis, yang ni lebih banyak selulit dan kedut2 di badan sebab tak jaga kesihatan. ##propa!
Yang sebenarnya kalau tengok memang boleh nampak jelas perbezaannya.


Lagi rupa paras buah limau kerat lintang.


Ini pula rupa paras bahagian dalam. Boleh nampak kulitnya agak tebal. Bahagian ulasnya agak kasar tetapi kandungan airnya agak banyak. Yang ni saya ambil yng dah jatuh ke bawah. 

Untuk melihat resepi yang boleh dibuat menggunakan limau ni, boleh rujuk n3 AIR ASAM KAKI LEMBU yang dah pernah saya uploadkan dulu. 

Kawan2 yang lain, kalau tahu nama lain bagi limau ni, atau just nak share apa2, just let me know okeh...


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

8 comments:

  1. Kebetulana balik kg raya aritu baru ada tgk/rasa limau kerat lintang ni..Sebelum ni xtau pun kewujudan limau kerat lintang ni...
    rupa nak ala2 limau nipis..tp bau macam limau purut...
    Tengok2 cheqsue wat n3 pasal limau kerat lintang ni pulak hehee

    ReplyDelete
  2. ni 1st time tau nama limau nih, tp dana tak pasti penah jumpa ke tak, nk kata limau kasturi nmapk mcm beso2 buah nyer.. sbb limau ksturi kecik je kan... tp ada kah ini limau kasturi kak?

    pastu kalu beso dia mcm limau nipis, kulit lak mengerutu, limau purut lg mengerutu n daun nyer lain... felik3

    ReplyDelete
  3. Aslmkum Sue

    tkasih singgah blog mamasya.rinduu juga dg Sue....lama tak ke mari. limau kerat lintang...lama tak dengar org sebut ni.mamasya baru dpt limau ni...kebetulan jiran yg baru balik dr kg bagi.

    ReplyDelete
  4. saya memang suka asam kiya ni..tapi susah nak dapat benih...nak tanam sendiri.

    ReplyDelete
  5. baru dengar tentang limau kerat lintang...nak cari benihnya nanti.

    ReplyDelete
  6. tak pernah lihat buat limau ni..biasa dgn imau barli, limau nipis, limau kasturi dan limau purut je

    ReplyDelete
  7. limAU ni hanya wujud di kelantan dan majoriti orang kelantan tak sedar kewujudanya.ia tergolong dalam tumbuh tumbuhan yang hampir pupus.tak tahu sebab apa tak ada orang tanam pokok yg berharga ni

    ReplyDelete
  8. dimana boleh dapat benihnya.. dulu ada dkt rumah jiran dah mati... memang sedap.. jika empunya blog boleh berkongsi benih asam kerat lintang nih..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]