Tuesday, October 28, 2014

Bukit Keluang, Besut, Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

#tempatmenarikdiBesut

Lepas pusing2 Jerteh beli kain sequin, terus saya  ajak bodyguard a.k.a my adik untuk jenjalan ke Bukit Keluang, Besut. Jarak perjalanan dalam 20 minit kot. Seingat saya, baru sekali datang Bukit Keluang ni, itu pun jaman budak2 dolu kala, memang takde memori langsung la katanya...

Masa ni saya sampai, matahari tegak atas kepala, hari kerja pulak memang lengang la kat sini. Bebas sikit nak ambil gambar. Tetiba boleh pulak jumpa akak yang pernah kerja kat kantin sekolah, iaitu Kak Tina  yang datang ke rumah bapa saudaranya di sekitar situ. Macam saya, dia pun saja nak jenjalan kat pantai ni. Jom kita tengok2 gambar...

Bukit Keluang... tak ada kena mengena dengan keluang man okeh....




Pantai yang sangat landai...

Tak tahu pulak apa ke namanya pulau tu..

Tuan tanah tengah meneropong. Checked!

Sinonim dengan Bukit Keluang, laluan tepi bukit yang berbatu. Sekarang ni dah rosak, takleh nak naik, bahaya..

Gua yang terhasil akibat hakisan ombak. Tak tahulah ada orang masuk ke idok dalam ni. Nampak macam menyeramkan ajerk..

Di sebelah satu lagi. Ada tempat penyelamat pantai, bangku2 untuk duduk dan juga tandas

Kawasan letak kereta yang kosong, kedai2 pun tak banyak mana makanan, mungkin kalau hari cuti ramai la orang datang. 

Dalam 20 minit lepak sini boleh la hirup angin pantai, koya2 kejap pastu balik. Pantai ni boleh tahan bersih jugak, cuma yang tak tahannya bila ada tin Carlsbeg kat tepi2 bukit tu, tak tahulah siapa yang minum. Tapi di kawasan yang majoritinya penduduk Melayu, susah juga nak bersangka baik.

Apapun, satu wishlist Deepavali dah dapat. Korang kalau terlalu kat sini boleh la singgah jugak.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. bestnya...tu kg en somi adda tu cheq sue...

    ReplyDelete
  2. Iya ke Adda... saya dah kemain lama tak ke sini...tu yang datang2 ushar...ambil angin pantai

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]