Wednesday, October 22, 2014

Beli Kain Sequin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dah lama sangat dok cari benda kain sequin ni. Sekarang dah trending kan, padahal jaman dedolu dah keluar. Saya pun tak nak terlepas menggayakan kain lip lap lip lap ni dekat baju. Dok fikir jugak nak letak dekat tudung... tapi kena carik kain dulu la.

Saya ada tengok dalam FB, tapi nampak tak meyakinkan untuk berurusniaga. Bila balik kampung, merata jugak cari tapi tak jumpa. Area KB saya tak masuk pulak, mungkin ada la kat sana tu.




Masa balik dari Terengganu, saya perasan ada KAMDAR di Bandar Jerteh, tapi tak sempat nak singgah sebab masa tu entah ada sapa dok ketuk pintu kereta minta dua hinggit. Nak keluar terus tak jadi. Bukan kisahkan sangat hal dua hinggit tu, fikir keselamatan la pulak.


Lepas pada tu, saya gi balik ke Jerteh. Pusing2 dalam bandar untuk cari KAMDAR. Memang dah aim benda ni la. Tengok2 di satu sudut, Alhamdulillah tak sangka ada stok. Saya sebenarnya nak yang satu warna saja tapi tak ada. Tak ngapalah yang petak2 cengggini pong lawa jugak.

Harga?

Telan ayaq liuq dulu. Korang semua memang dah tahu kan... sekeping not 50 memang tak cukup. Masa saya beli tu dapatlah harga RM62 lebih kurang. Harga sebenar RM69.90, tolak dengan 10% diskaun. Untuk dua pattern kat atas tu saya beli setengah meter (x2) jadilah satu meter.

Bila sampai Pasir Puteh, saya tanya la dekat kedai jahit tepi yang selalu saya dok labur duit tu, deme takleh nak jahit tepi halus kalau kain sequin. Dah ting tong pok pet pok pet situ, barulah saya tahu yang kain sequin satu warna pun ada dijual, tapi harganya lagi lumayan lah... RM90/meter. Kedai tu? Owh... Kedai Anak Kak Min berdekatan dengan Pizza Hut dan kedai ECO RM2. Kalau sesape yang nak beli boleh la cari kat kedai tu...

Kalau ada sape yang nak beli kain ni, boleh la ke KAMDAR Jerteh ataupun cari dekat KAMDAR KB kot2 ada. Yang saya tengok aritu stok dah tak berapa banyak....

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]