Friday, October 31, 2014

DIY : Tutorial Jahit Manik Hujung Tudung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dah lama saya nak kongsi cara2 jahit manik yang selalu saya buat dekat tudung cuma tak sempat atau lebih tepat takde mood nak ambil gambar step by step. Tapi baru2 ni entah mana datang angin rajin, gigih pulak saya snap gambar satu per satu. Tapi, gambar through phone aje lah ya... 






Memula sekali kena la sediakan tudung yang dah siap dengan manik2 yang akan digunakan. Saya guna kristal bulat, kristal segi dan manik saiz berapa saya tak tahu. Manik yang kecil tu saya guna brand Apple. Bekas kaler pink untuk susun2 manik tu saya beli di Home Decor, tempat ais batu sebenarnya tu.


Sekarang kita mulakan jahitan. Mula di bahagian paling luar, paling dekat dengan hujung tudung. Tengok kat gambar ya... Pastikan hujung benang tu disimpul erat.


Masukkan manik ke dalam jarum Susunan ikut kreativiti.Yang saya buat tu susunan 2-1-1-1-2. Kalau kreatif susun manik ni boleh dapat hasil yang cantik nanti. Kalau nak campur manik warna pun boleh.


Bila dah siap masukkan manik, jahit secara jelujur untuk manik yang seterusnya. Tengok gambar betul2 tau. Dari atas tikam ke bawah dan tikam pulak ke atas. Jarak dari susunan manik 1 ke manik 2 tu jangan jauh sangat. Kalau rapat manik tu jadi lebih cantik.


Haaaa, yang ni dah jadi dua susunan manik. Maka korang teruskan lagi jahit pada garisan ni sehingga berapa panjang manik yang diperlukan. Kalau saya biasanya sampai 12 atau 15 susunan.


Bila dah habis baris yang pertama, matikan benang di bahagian paling hujung. Kemudian kita akan mula pulak jahit untuk barisan kedua. Susunan manik sama dengan yang baris pertama tadi dan kita akan jahit sehingga habis di hujung. Bila dah habis matikan benang sebelum mula jahit untuk garisan tengah.


Untuk jahitan tengah, pun sama susunan maniknya, cuma kita tikam jarum dari tengah lah dan jelujur sehingga habis ke bahagian hujung. Bila dah habis, kita matikan benang dengan  kukuh sebab itu adalah akhir jahitan. Dalam gambar tu boleh nampak 3 susunan manik yang telah siap.


Ini pulak susunan manik yang sudah siap. Dijahit 3 baris dengan corak yang sama. Yang saya buat ni lebih kurang 15 susunan manik.


Bila dah siap susunan manik, kita buat pulak manik jurai2 di bawah tudung. Nanti bila jalan manik ni bergerak le ke kiri dan kanan. Yang ni kita susun la manik ikut kreativiti. Biasanya setiap juraian ni saya akan bilang jumlah maniknya untuk mendapatkan juraian yang sama panjang. Err, tengok ajelah dalam gambar eh, payah pulak nak terangkan cara jahit ni. #moodblur


Tada..... inilah hasilnya.  Cantik tak Kak Ton????


Hasil yang digayakan oleh tuan tanah. Panjangnya manik tu bermula dari tengah hingga ke bawah. Kalau tak suka panjang boleh kurangkan jumlah susunan maniknya.

Selamat mencuba.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. Ha... siap cantik dan menawan.
    Kalau rajin memang puashati tak payah nak menempah.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]