Sunday, November 2, 2014

Belenggu #3 ~ Entah...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Entah mengapa pada hari itu Gary terasa bagaikan digamit-gamit ke kolej. Biasanya dia tidak begini. Awal lagi dia dah bangun. Lantas dia mengenakan T-shirt putih dan LEVI’S hitam. Bandana merah yang sudah lama tidak dipakai dicubanya hari itu. Seketika dia berdiri di depan cermin besar dalam kamarnya.
“Fuh…gila.” Bisiknya sendiri.
Penampilan Gary pada hari ini amat berbeza. Biasanya dia lebih suka T-shirt longgar dan topi. Tapi hari ini setan mana dah merasuknya. Penampilannya tak ubah macam model dan amat matang dari umurnya yang baru menjangkau 19 tahun itu.




Toot…toot…toot
Handphonenya berbunyi.
“Hallo…”
“Hallo! Gary?”
Yes. Amily?”
“Takkan you dah lupa kat I. I’m Amilylah. Sohow are you?”
“Okay. Why you call me? Pagi-pagi lagi ni? Ada masalah ke?”
“Takde. Saja I nak lepaskan rindu dengan you. Macam-mana kalau tengah nanti. Kita lunch bersama kat Princess Hotel? Lagipun ada hal I nak cakap dengan you. Boleh tak?”
“Hmm…okay. You tunggu sana jam 2. I datang nanti. Bye.”
Nampaknya Amily dah tangkap cintan dengan Gary. Tapi Gary tak ambil peduli. Pengalaman dua tahun bersama Beth amat memilukan. Sehingga kini hatinya belum terbuka untuk menerima someone’s love. Apakah dia membalas dendam?
Gary turun dari kamarnya dan menuju ke pintu untuk mengenakan kasut James Deannya. Kemudia dia menuju ke garaj.
Nak bawa motor  ke kereta?
Akhirnya Gary memilih Harley Davidson hitam kesayangannya. Dia memecut ke rumah Riki.
“Riki…Riki…” Laung Gary dari luar.
Sebentar kemudian, kelihatan Riki menuju ke arah Gary. Tapi dia terhenti sejenak memastikan siapa di depannya…
“Ya Allah Gary!” Riki menepuk dahi. Lucu.
Gary terpegun mendengar mendengar kalimat ‘Ya Allah’ yang agung dan syahdu tanpa mengerti apa-apa. Dia sebenarnya berminat untuk bertanya tapi tidak sempat kerana Riki mendesaknya menghidupkan motor.
Di kolej…
Hari itu Gary menjadi tumpuan. Student-student KTAJ nampak kejanggalan yang ada pada Gary. Student lelaki mencebik manakala yang perempuan pula semakin giat memandang. Maka bertambahlah lagi senarai awek-awek yang buta menyintai Gary. Di dalam kelas pun, Jessicalah secretarynya yang selalu diminta menyampaikan kiriman bunga untuk Gary. Hari itu, dia menerima dua kiriman ros merah. Gary tersenyum. Riki menggelengkan kepala.
Pembelajaran pada hari itu okey. Gary nampaknya bersemangat dari awal hingga akhir. Riki hairan. Biasanya Gary tidak begitu.
Walaupun hari itu Gary ada date dengan Amily di Princess Hotel, namun dia tidak hiraukannya malah Dydy, Sufi dan Diana juga mengajaknya lunch. Perkara ini adalah biasa bagi Gary…kacang aje…
Gary tidak bercadang untuk menghadiri lunch dengan awek-awek tersebut. Dia lebih suka meronda-ronda sambil mengusik awek-awek bohsia yang berselerak di bandaraya JB. Mengecewakan gadis adalah perkara biasa bagi Gary. Rutin hariannya.
Dalam perajalanan menuju ke tempat motosikal, tiba-tiba seorang wanita terlanggar bahunya. Dua biji buku yang dipegangnya jatuh berselerakan. Termasuk juga gambar Beth yang terselit di dalam buku itu. Potret ex-girlfriendnya itu diambil oleh Riki. Gadis yang memakai kebaya merah hitam itu menarik pandangannya.
Siapa dia?
Gary pasti akan memiliki gadis itu nanti.
Yes…
Dia tersentak apabila Riki menepuk bahunya lalu meneruskan perjalanan. Date dengan Amily tidak dihiraukannya. Bayangan gadis yang berkebaya merah hitam itu bermain-main di birai matanya.
Siapa dia ya??
Suaranya sunggu merdu ketika menuturkan perkataan maaf tadi. Tiba-tiba saja Gary merasa bagaikan dirasuk-rasuk supaya memiliki gadis itu. Jatuh cinta pandang pertamakah dia? Mungkin…
 


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]