Wednesday, November 12, 2014

Jeruk Betik Asam Boi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lately, rasa tak semangat sangat nak update... rasa payahnya nak tulis walau sebaris ayat. Kat kepala ni macam2 dok ada, macam2 dok pikiaq... Makin nak habis sekolah ni makin banyak kerja yang perlu disiapkan.  Apapun, saya akan update setakat yang terdaya, yang termampu untuk perkongsian dengan kengkawan semua.



Bila tengok orang dok buat jeruk asam boi ni, saya sebagai insan biasa lagi lemah dalam diri, tentunya turut tergoda untuk mencuba. Kalau kengkawan guna mangga atau epal, saya pulak cuba dengan betik kerana ada betik mengkal yang dibawa dari kampung. Yang sebenarnya nak buat somtam tapi yang jadi jeruk asam boi dulu.Tak apalah jadi apa pun, yang penting tak membazir.


Oleh sebab betik tak masam sangat, maka saya fikir2 nak tambah apa supaya masam. Kalau guna mangga takde hal la sebab memang dah masam kan. Jadi mula2 saya masukkan jus limau, rasa kurang kick masamnya. Mungkin sebab limau tu dah bertukar warna kulit. Kemudian saya masukkan pulak cuka putih. Lepas tu saya teringat pulak ada saya beli cuka kurma, jadi saya masukkan sikit untuk saja2 rasa. Bila dah masukkan cuka kurma, jeruk tu lebih cepat basi sekiranya tak disimpan dalam peti sejuk. Mmmmm... Pastu bau cuka kurma tu agak kuat dibandingkan dengan bau 'jeruk'.

Untuk pedas pulak saya masukkan chilli flakes sebab di rumah tak ada cili padi. Rasa pedasnya ala-ala aje, sesuai la untuk yang tak makan pedas. Kalau yang nak lebih pedas, letak la lebih sikit.

Resepi? Google aje....


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. salam cheq sue...Liza pun tak buat lagi jeruk yg tgh pemes ni...hihi

    ReplyDelete
  2. apa buah yg boleh kite jd kan jeruk kak.... dana aritu buat ngn epal ijau... ngn pear pun sedap gk... jnji asam boi jd lah

    ReplyDelete
  3. salam kenal..


    viral betul jeruk ni ye.. macam2 yang dibuat org..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]