Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Aisekerim asam boi ni terhasil dek sebab dok teringat2 terkenang2 akan aisekerim asam boi yang dibeli semasa ke kilang arang di Kuala Sepetang. Masa makan tu, memang maveless la tambah2 pulak kepala tengah sakit dan hari sedang hujan.
Cara nak buat aisekerim ni memang senang sangat. Hanya rendam asam boi dan gula (ikut manis) di dalam air panas. Agak2 dah kembang dan keluar segala perisanya bolehlah dimasukkan ke dalam bekas dan dibekukan dalam peti sejuk. Pastu boleh la dimakan nyummmm nyummmmm...
Nah, inilah aisekerim yang terhasil. Nampak sangat amatur bila aisekerimnya senget benget sebab batangnya terkena dengan asam boi yang agak kembang bila direndam dalam air. Walaupun tak sama 100% dengan aisekerim asam boi di Kuala Sepetang tu, jadilah untuk kembali merasainya yang hampir2 sama...
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
pekkkkh mcm terasa2 je kt tekak nih kak oi
ReplyDeletesedapnya eskremmm
ReplyDeleteassalamualaikum cheqsue...
ReplyDeletesedap nampak aiskrim tu... lama betul tak mkn aiskrim ...
Wah berguna dh bekas ais krim tu
ReplyDeletegila sedapnya
ReplyDelete