Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Dari lalua pejalan kaki Hutan Paya Laut Matang, kami akhirnya tiba ke jeti untuk menaiki bot. Kumpulan yang pertama ni akan naik bot dulu manakala kumpulan 2 yang baru sampai akan membuat aktiviti yang lain.
Dari jauh dah nampak bot sedang menunggu. Sebenarny selain pelajar sekolah / rombongan sekolah yang telah buat tempahan terlebih dahulu, pengunjung juga boleh terus datang untuk menaiki bot ni. Seingat saya untuk pakej kami ni RM35 sekepala (campur dengan beberapa aktiviti yang lain).
Pelajar sedia menunggu giliran menaiki bot. Satu bot dalam 10 orang + guru.
Seronoknya nak naik bot... tapi memasing muka cuak je. Doa banyak2 pada Tuhan agar semuanya berjalan lancar. Minta2 semuanya selamat.
Encik GPK yang turut sama menguruskan pelajar di jeti.
Encik Yusri dari Jabatan Hutan Perak bersama menaiki bot dengan kami. Beliau banyak memberi penerangan. Sekali lagi PRnya sangat bagus. Orangnya pun boleh tahan loyar buruk juga...
Menyusur perkampungan tepi sungai yang kebayakannya diduduki oleh orang Cina. Mereka di sini bekerja sebagai nelayan yang menangkap udang, kerang serta perikanan laut dalam.
Nampak tak benda berbentuk V terbalik tu? Katanya itu adalah tinggalan sejarah berkait dengan landasan keretapi Port Weld (Kuala Sepetang) tapi saya dengar tak dengar pulak tentang penjelasan lanjutnya.
Bot yang balaik dari menyauk kerang. Kata Encik Yusri, kerang Kuala Sepetang adalah yang terbaik kerana keadaan ekologi muara sungainya sangat sesuai untuk krustacea itu. Memula ingatkan kami akan turut sama menyauk kerang ni, rupa2nya kami tengok aja. Sedit kecewa...
Dah dekat nak habis pusing2 sungai tu, kami dibawa pulak ke tempat burung helang diberi makan. Depa ni diberi unpam kulit ayam, supaya semuanya datang ke sini dan kami dapat tengok. Memang kevavoom la sebab banyak betul helang yang entah dari mana datangnya. Rupa2nya helang ni memang dah diajar dan dah biasa dengan bot2 ni, mereka dah tahu la bila ada bot mesti ada makanan. Tambah pula umpan kulit ayam yang digunakan tu akan terapung, jadi helang tu boleh nampak la...
Dari spesies helang merah. Berterusan menjuman ke dalam air bak sedak melakukan pertunjukan.
Cepat kira ada berapa semuanya....
Dah siap makan, berterbangan pula di angkasa dengan gahnya...
Menarik sungguh pengalaman menyaksikan helang makan ni. Agak2 kalau ada rezeki nak datang lagi...
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
Orang ramai boleh naik bot tak? Ada number talipon tak ? teringin nak naik bot.
ReplyDelete