Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Kalau ada yang dah cemuh dengan n3 manik tudung ni... sila beralih pada n3 yang lain ya... Ini adalah koleksi yang terakhir akan saya kongsikan... sebab dah habis dah saya tunjukkan semua manik tudung yang saya jahit.
Mula2 tunjuk dulu kejadian tudung yang dipakai. Pattern ni saya riki di blog Dana, yang amik tempahan untuk jahit manik tudung. Ada jugak saya tengok contoh2 untuk dijahit. Untuk koleksi dalam n3 ni susunan manik tu lain sikit ya... Nanti kalau ada tudung baru saya akan buat tutorial.
Saya gunakan peral purple, kuning dan kristal purple. Nampak cantik jugak... #pujidirisendiri
Susunan bunga yang terhasil nampak tak kemas sebab saya guna pearl saiz sederhana. Kalau guna saiz macam di atas susunan nampak kemas sikit. Manik ni merupakan manik kedua saya jahit, yang pertama tu saya buka semula. Pada saya, jalar2 tu kena jahit rapat sikit baru nampak. Masa pakai tudung ni, ada kawan tanya jahit sendiri ke? Cantik kata dia... *_*
Saya gunakan pearl hijau muda dan merah serta kristal biru muda untuk jahit tudung ni. Tapi sampai sekerat jalan baru perasan kristal biru muda dah habis. Jadi terberhenti sekejap. Ingat nanti bila balik boleh la beli manik yang dah habis tu. Tapi fikir2 baik guna saja kristal yang ada, lalu saya gunakan kristal hijau terang. Tak nampak pun beza kristal biru dengan hijau tu sebenarnya kan...
Manik dekat tudung ni pulak adalah yang kali ke 3 saya jahit. Kali ni memang puas hati dengan penggunaan manik pink dengan kristal cerah walau pada mulanya tak tahu nak gabungkan warna apa. Manik ni bila jahit sekerat jalan baru perasan jugak kristalnya dah habis, jadi untuk yang tengah tu saya jahitkan dengan kristal merah.
Jahitan kali kedua. Pattern sama seperti koleksi 2... sebab dah kering idea nak jahit macam mana.
Saya harap dengan sedikit perkongsian manik pada tudung ni dapat memberi galakan kepada wanita di luar sana untuk cuba menjahit sendiri. Okay... cuba ya.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
semua cantik2..suka la wana tengok..
ReplyDeletehahahhaha ayat akak tau.... mekasih dpt idea dr riki2 kt blog dana tuh... lenkali akak rapatkan lg susunan manik yg jalar2 tu kak... guna pearl yg saiz berbeza baru nmpak lawo lg... tp semua mmg lawo2, jeles tau dana sbb dana sndiri takde koleksi manik juntai2 cam akak nih tau... hehehhe
ReplyDeletepasni akak try lah letak lace lak kak... msti lawo lg ntah2 siap ada yg nk tempah
cantiknya.. suka tengok orang pakai tapi nak pakai sendiri segan plak hi hi, kita pakai shawll kosong je
ReplyDelete