Wednesday, November 26, 2014

Trip Kem Bersepadu '14 - Semai Benih Bakau #5

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selepas melawat ke Pusat Interpretasi Bakau, kumpulan kami ni di tugaskan pula untuk membuat aktiviti  menyemai benih bakau di tapak semaian. Aktiviti kali ni dipimpim oleh Encik Abu Bakar yang mesra dipanggil Pak Abu. Waktu ni dah tengah hari, tengok sajalah muka budak2 ni dah rupa macam udang kena bakar.


Tina2 tersnap gambar Pak Abu! Right time, right place. Sedang elok dia senyum. Tengah nak mengetuai budak2 berjalan kaki ke tapak semaian.

Jom ikut Pak Abu.... katanya





Benih bakau yang telah di semai...


Apa beza benih bakau ni dengan yang di atas tu? Kalau korang nak tahu benih bakau yang panjang tu adalah benih bakau kurap manakala yang lebih rendah dan ramping tu adalah bakau minyak. Macam yang saya dah bagitahu sebelum ni, kedua-dua bakau ni adalah yang paling banyak terdapat di sini.


Sudah keluar pucuk...


Pak Abu memberi penerangan. Banyak ilmu biologi yang diperoleh di sini..


Bagi penerangan pula pada wakil yang akan menyemai benih. Semuanya bebudak lelaki...


Proses bermula


1... 2... 3...

Semoga benih bakau yang disemai ni akan tumbuh subur seperti yang lain


Selepas siap menanam benih bakau, kami dibawa pulak ke bahagian depan tapak semaian, iaitu ke kawasan pokok gedabu ataupun epal Malaysia. Pokok ni tumbuh di kawasan yang berair, kalau tempat kering tak adanya nak hidup dia.


Buahnya tak la besar mana, ada dalam segenggam tangan aje. Boleh di makan, tapi kena tunggu lembut dulu lah.


Tu buah yang dah gugur, barangkali dah masak. Bila try buah yang masih putik, rasanya agak masam dan kelat. Yang tajam2 meruncing keluar dari tanah berair tu adalah akar pernafasan, cuma saya tak pasti itu akr bakau atau akar pokok gedabu.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]