Thursday, November 20, 2014

Nasi Halia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama saya tak buat nasi tumis. Jangan kata nasi tumis, nasi biasa yang tak ditumis pun dah lama saya tak masak. Sejak banyak masa dihabiskan diluar, memang makan di kedai sajalah jawabnya. Tapi entah camana satu hari tu rasa nak makan nasi tumis, dan nasi halia ni dah lama saya nak cuba buat. Saya masak ni dengan menggunakan beras basmathi PUSA ya. Pertama kali guna ni... Errr, macam biasalah kalau buat nasi cenggini, masak sesikit udah la ya, saya masak dalam 1/2 cawan aje. Sekarang saya dah beli periuk nasik yang paling kecik tu, jadi senang la sikit kalau nak masak nasi dalam kuantiti tak banyak.





Nak dijadikan cerita, masa nak masak nasi ni, saya dapat panggilan supaya ke sekolah. Jadi nak tak nak memang kena tanak la sebab beras saya dah rendam lama. Yang sebenarnya nasi ni lagi sedap kalau segala rempah2nya tu ditumis terlebih dahulu, baru boleh bau wangi dan terasa rempahnya. Tapi tak apalah, bila tanak macam biasa, balik sekolah tu nasi dah siap. *_*

Digandingkan dengan lauk ni pula hanya masakan yang ringkas iaitu ikan bawal emas (bahagian kepala) digoreng garing. Errrrr yang sebenarnya tak berapa masuk lauk kering dengan nasik kering... tapi mood dah takde bila balik dari sekolah tu. Tu yang jadi ikan goreng aje.... nak ubat hati saya curahkan sikit kicap di atasnya. Kalau kata tak kena gi sekolah, haruslah makan nasi ni dengan kari kepala ikan. Ewahhhh...



NASI HALIA

Bhn²
2 cawan beras wangi _ cuci dan toskan
2 inci halia _ d tumbuk bersama kulitnya
1/2 tsp halba
2 ulas bawang putih _ d hiris
150 gm mentega
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 helai daun pandan _ d siat dan d simpul
1 kiub pati ayam Maggi
garam secukup rasa
Air secukup kegunaan

Cara²
Panaskan mentega... Tumis halia, halba, bawang putih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga garing.
Kemudian masukkan daun pandan dan goreng hingga wangi.. Tutupkan api.. Ketepikan.
Masukkan beras ke dalam rice cooker dan tuangkan air secukupnya seperti sukatan  memasak nasi biasa.
Setelah itu.. masukkan bahan yang d tumis tadi ( No.1 ) bersama kiub pati ayam dan garam secukup rasa ke dalam rice cooker.. Gaul rata.
Masak nasi seperti biasa.
Setelah nasi masak... Biarkan seketika sebelum d gembur²kan.
Sedia d hidang dengan lauk kegemaran masing².


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

5 comments:

  1. tak pe che sue..nanti cuti sekolah ni buat tau..jangan tak buat...

    ReplyDelete
  2. Salam cheq sue.. haha.. lucu pulak makan nasi perisa2 ngan ikan goreng + kicap.. nk wat camner, kerja comes 1st kan.. cuti sekolah ni mmg seronok la duk dapur nnti.

    ReplyDelete
  3. tanak macam biasa pun menjadi juga la kan cheq sue tapi kurang la rasa sedapnya..takpe, nxt time bleh buat lagi.. :)

    ReplyDelete
  4. sedap nasi tuh... agak2 kalu digandingkan ngn ayam msk merah kene tak kak? cuti sekolah ke mana kak?

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]