Saturday, October 11, 2014

Pola Jubah Suka Hati (Ubahan) 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Aduhai payahnya nak dapat sebaris ayat untuk up n3 di hari minggu ni. Rasa otak dah tepu nak fikir nak tulis apa, tapi dalam hati dok meronta nak update juga. Penyakit apakah ini... Untuk n3 ni, dah berapa bulan jugak tersimpan di dalam draft. Lets go slowly...

Cerita tentang pola jubah suka hati (ubahan) 2 ni... iainya tercetus selepas saya  membeli dua pola secara online. Daripada kedua pola yang saya beli tu masing2 ada kelebihan tersendiri dan teknik2 tertentu. Jadi saya cuba apply di pola yang saya buat sendiri.





Untuk pola ubahan ni sedikit saja yang saya ubah. Bahagian bawah jubah tu saya kurangkan sikit lebarnya dan saya belah di tengah2. Ini membolehkan jubah yang terhasil nanti akan beralun dari tengah pinggang dan menjadi lebih cantik. Luas jubahnya pun menjadi lebih besar, iaitu semaksimum kain yang digunakan samada bidang 45" atau bidang 60". Lagi besar luas jubah ni lagi cantik alunan yang terhasil. Pola ubahan ni sebenarnya masih menggunakan ukuran yang sama seperti pola asal.

Jika dibandingkan pola ubahan dengan pola asal, pola ubahan ni lebih berbentuk di bahagian pinggang dan lebih beralun manakala pola asal berbentuk A shape. Kedua2nya sangat selesa dipakai dan memang feeling ala-ala princess gitu. Kalau dibandingkan kedua2 pola ni (gambar atas dan bawah) boleh nampak dengan jelas perubahan yang saya maksudkan iaitu di bahagian bawah jubah.


Mmmmm, camana? Agak2 sampai tak apa yang saya cuba nak bagitahu ni? Kalaulah ada sesiapa yang ada cara lebih mudah untuk menerangkan pola ubahan ni silalah berkongsi... Walau bagai mana pun saya harap perkongsian ini memberi manfaat pada kita semua.

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. "Lagi besar luas jubah ni lagi cantik alunan yang terhasil"... memang betul. Lepastu, lagi berat kain, lagi cantik alunan dia, kan :)
    Terima kasih sebab berkongsi... rasanya saya faham apa yang akak tuliskan ni. Nanti nak cubalah :D

    ReplyDelete
  2. nak tanya, macam mana nak beli pola jubah macam tu ek?

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian, minta izin mencuba + copy pic ye

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]