Monday, October 13, 2014

Keropok Lekor Bukit Tok Beng, Seberang Takir

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kali kedua ke Terengganu barulah berjaya ke tempat membuat keropok lekor terkenal di Seberang Takir iaitu Keropok Lekor Bukit Tok Beng @ Keropok Tok Beng @ BTB2209. Yalah, kalau ke Terengganu tak sah kalau tak makan keropok lekor sedap kan. Sebelum gi ke Tok Beng ni saya ada la jugak tanya dengan kengkawan mana nak cari, rupa2nya saya lalu jalan ni masa nak ke Kuala Terengganu cuma tak perasan.







Kedai ni berada di selekoh jalan, kalan bawa kereta laju2 memang terlepaslah. Saya pulak walaupun bawa kereta perlahan tapi tetap tak perasan kerana sibuk nak baca signboard ke KT. Pastu di depan kedainya tu ada beberapa pokok chelagi, jadi kalau nak ke tempat ni kena la alert sikit ya.



Kedai ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu tempat beli keropok (vakuum), tempat keropok keping dan juga tempat makan / minum. Untuk beli keropok vakuum, ia perlu diorder terlebih dahulu ke nombor yang tertera.


Contohnya macam ni :

KEROPOK LEKOR RM10 NAK 10 BUNGKUS. AMBIL HARI AHAD 15/11 JAM 5 PETANG. SUHAILA 013xxxxxxx

Pastu kalau boleh buat dia akan reply :

TERIMA KASIH ORDER DAH DI TERIMA

Kalau kata dia tak reply atau dia repy tak dapat buat (mungkin sebab dah lambat atau tak ada keropok) semuanya akan dijawab melalui mesej. Kalau kata datang on the dot nak beli yang vakuum tu memang takleh la. Kalau yang tak vakuum saya tak perasan la pulak


Setiap kali selesai memproses keropok, semua periuk yang digunakan akan dibasuh dan disental sehingga bersih. Kata kawan saya hanya di sini yang dapat sijil halal. Itu saya tak pastilah. Tapi tengok sajalah saiz periuk yang digunakan. Semuanya ada 10, jadi bayangkan berapa banyak pengeluaran keropok ni sehari-hari.


Di sini juga dibuat sistem nombor, tapi tak tahulah depa guna atau tak. Masa saya datang nak pick up keropok tu saya terus je mintak order saya dan bayar. Mungkin untuk orang yang datang beli keropok fresh agaknya. Kebetulan masa saya ambil tu jugak sebuah bas datang, memang meriah sangatlah kat kedai tu, semuanya pakat nak beli keropok.

Sehingga hari n3 ni diupload, saya masih lagi ada 5 batang keropok dalam esbok, tahan lama jugak jika disimpan dalam tempat beku. Bila nak goreng hanya defrost dan masak sekejap dalam air panas. Makan gitu saja pun sedap tapi bila goreng jadi agak keras pulak. Itu pada pendapat saya, mungkin orang lain lain pulak jadinya. Walau apapun, dah lepas la kempunan nak makan keropok lekor Tok Beng.... *_*

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

7 comments:

  1. dulu2 masa edy keje kt kole terengganu biasa lah dia belikan kopok leko beratur amik no nih tiap kali balik kl, yg best siap ada yg vakum lg, mmg tahan lama simpan dlm freezer

    skrg nih mmg tak penah lg ke sana... kalu balik kerteh pun beli kt kemaman je kopok leko nyer...

    ReplyDelete
  2. OK tu akak..bersih
    Ad KT kelulut..yg bratur pnjg..nmun org rmai xtasu sbnrnya..xbersih..dh bbrape kli kna sita..

    ReplyDelete
  3. susah nk cari kerpok lekor yg sedap..nasibbaik kawan opis ni mmg org ganu..so dai tahu lah mana tempat yg best so setiap kali dia blk kg je kami mesti order

    ReplyDelete
  4. salam.....
    macam mana nak dapatkan no. telefon kedai tersebut

    ReplyDelete
  5. camna nak order kalau dari penang

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]