Showing posts with label Malaysia : Terengganu Darul Iman. Show all posts
Showing posts with label Malaysia : Terengganu Darul Iman. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

Bukit Keluang, Besut, Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

#tempatmenarikdiBesut

Lepas pusing2 Jerteh beli kain sequin, terus saya  ajak bodyguard a.k.a my adik untuk jenjalan ke Bukit Keluang, Besut. Jarak perjalanan dalam 20 minit kot. Seingat saya, baru sekali datang Bukit Keluang ni, itu pun jaman budak2 dolu kala, memang takde memori langsung la katanya...

Masa ni saya sampai, matahari tegak atas kepala, hari kerja pulak memang lengang la kat sini. Bebas sikit nak ambil gambar. Tetiba boleh pulak jumpa akak yang pernah kerja kat kantin sekolah, iaitu Kak Tina  yang datang ke rumah bapa saudaranya di sekitar situ. Macam saya, dia pun saja nak jenjalan kat pantai ni. Jom kita tengok2 gambar...

Bukit Keluang... tak ada kena mengena dengan keluang man okeh....


Tuesday, October 14, 2014

Pantai Rhu Sepuluh, Setiu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya singgah di Pantai Rhu Sepuluh ni semasa balik dari mesyuarat di Terengganu. Memang menjadi kebiasaan saya sekiranya ke Terengganu akan melalui jalan pantai. Kiranya ini adalah laluan utama jalan pantai dari Kelantan ke Terengganu. Ikut jalan pantai ni lebih rilek sikit, bawa kereta slow2 sambil layan perasaan.........

Jomlah layan gambar, walaupun tak berapa nak puas hati sebab dua2 lense saya kena fungus, tak dan lagi nak bawak gi kedai... -_-




Monday, October 13, 2014

Keropok Lekor Bukit Tok Beng, Seberang Takir

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kali kedua ke Terengganu barulah berjaya ke tempat membuat keropok lekor terkenal di Seberang Takir iaitu Keropok Lekor Bukit Tok Beng @ Keropok Tok Beng @ BTB2209. Yalah, kalau ke Terengganu tak sah kalau tak makan keropok lekor sedap kan. Sebelum gi ke Tok Beng ni saya ada la jugak tanya dengan kengkawan mana nak cari, rupa2nya saya lalu jalan ni masa nak ke Kuala Terengganu cuma tak perasan.





Wednesday, May 9, 2012

La Hotspring, Besut

Balik kampung aritu, mek mengajak cheq sue ke Air Panas La di Besut, nak rendam2 kaki katanya. Maklumlah sekarang ni dia tak berapa nak sihat, asyik dok demam dan batuk2 aje. Kami ke sana dua kereta, bersama-sama dengan emak saudara.
 
Cheq sue sebenarnya baru 1st time ke sana, memang sesatlah sebab masuk ke simpang Lata Tembakah, rupa2nya di simpang yang bertentangan. 
 


 
Masa pi ni cheq sue x la beriya-iya mengambil gambar, bukan ape, takot jugak kamera cap ayam tu disonglap orang, kang merana pulak. Pastu dengan orang2 dok mandi manda bimbang pulak mendedahkan aurat orang lain. Kang tak pepasal la aku dok menanggung dosa deme...
 


 
Gambaran biasa di tempat perkelahan di entrance. Tapi tempat mandi tu pun xde la dalam sangat, sesuai untuk anak-anak. Takat orang tua ni buku lali pun tak lepas. Whatever, memang seronok dapat bersantai-santai di sana... ^^
Wassalam...

Monday, June 6, 2011

Bingkisan Dari Terengganu

Alhamdulillah...selamat pergi dan balik. hari jumaat lepas (3 Jun 2011) cheq sue dan keluarga ke terengganu...makan angin sambil melawat abang di manir, iaitu ke KG PULAU SEKATI... hadui... penat gak ye jadik dreba pergi dan balik ni... jom kita tgk gambar2 yang sempat di snap di sana...

Keropok lekor & Terengganu - sinonim... singgah sini waktu on da way...bekal dalam keter, budak2 merungut dah lapar

Jambatan a.k.a gertak yang menyambungkan kg dengan tanah darat yang perlu dilalui, sepanjang lebih kurang 200 m, kalau pakai heel tergugat jugak weh

Sederet...nak pi mandi sungai... Anisa mengetuai perjalanan

 Haaaaa.... amacam? Jeles tak nengok?

 Adam, budak degil, langsung tak takut apa. Nasib baik air belum pasang... kalau tak makcik yang tenggelam dulu.. ha ha ha

Gumbira...

 Di tebing sungai semasa berkunjung ke Muzium Terengganu... seberang sungai je, tempat kami parking kereta

 Muzium ni tak masuk pun, masa pi tu seposen x bawak duit

Di galeri perikanan... nasib baik xde orang...budak2 ni main panjat je atas bot tuh.. 


Ini je lah sikit sebanyak gambar yang dapat dikongsi... sepatutnya dapat diupdate lebih awal, tapi tau jelah... amik masa 2 3 hari nak setel donlod nih... adui laaa...