Monday, October 20, 2014

Apa Akan Jadi Jika Saya Kurus?

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Memula sekali nak ingatkan dulu, n3 ni sekadar n3 poyo, yang ditaip pada petang hujan renyai2 yang semakin menginjak ke gelap. Kalau korang baca n3 ni sampai habis, saya nak tekankan jugak yang ini adalah pandangan peribadi saya, tidak merujuk atau mengata kepada sesiapa.

Merujuk kepada tajuk n3 di atas... (#skema) saya suka sangat nak berangan-angan tentang apa yang akan berlaku sekiranya saya kurus. Eh, saya mengaku tau, sejak dulu sampai la sekarang, dari saiz M, kemudian L, bertambah secara berkala ke XL, tak ada apa nak dibanggakan sebenarnya. Dalam tak bangga tu pun saya bersyukur walaupun dikategorikan sebagai obesiti, tapi tahap kesihatan masih lagi memuaskan...

http://momsavenues.com/kulit-cantik-dan-gebu-persis-emma-maembong/
[Sumber]
Motif bubuh gambar Emma Maembong? Sebab saya suka dia!!!



Kalaulah saya kurus...

1. Mungkin saya tidak berpakaian secara yang sepatutnya... mungkin saya akan pakai baju ketat, ataupun pakai seluar ketat, ataupun pakai baju singkat. Siapa tahu kan? Sekarang ni fesyen macam2 ada. Badan slim, lemak2 tayar spare pun takde jadi apa nak risau, tak ada apa yang perlu disembunyikan. Sekarang ni saya lebih selesa dengan pakaian yang longgar dan jugak skirt. Seingat2 saya dah hampir setengah tahun tak pakai seluar jean...

2. Mungkin jugak saya akan memilih makanan, atau menjaga badan. Ehhhh, betul tak kalau saya kata orang yang asalnya gemuk, pastu kurus, diorang jadi berhati2 sikit bab makan2 ni. Iyalah, karang balik pada saiz asal pulak. Mungkin pada masa tu mereka akan kurang makan nasi, atau memilih makanan yang tertentu sahaja untuk mengekalkan berat badan. Saya? Dalam saiz sekarang ni belasah je apa yang ada depan mata, yang rasa sedap, bila makan ramai2 lagi la saya tak tolak. Err, kalau makan tahan2 ni macam hilang je nikmat dunia kan?

3. Mungkin tak agaknya nanti saya dah tak kawan dengan orang yang saiznya L atau XL. Haaaaa, lojik jugak kan. Kita dah lawa, dah slim macam Emma Maembong, apa kelas nak kawan dengan orang badan besar ni. Kalau naik kereta silap haribulan kereta pun berat sebelah. Ha ha ha... ada ke macam tu? Sekarang ni semua pun saya kawan, tak ada sempadan pun. Mungkin yang no 3 ni tak akan jadi kot...

4. Mungkin saya dah kahwin? Amboiiihhhh... ni yang paling tak menahan. Fikir sampai langit ke tujuh. Mmmmm bukan apa, kata pun n3 poyo. Bayangkan eh, bila kurus, mesti ramai orang nak kawan, pastu mesti nak kahwin pulak. Eh, tapi kalau kawan2 aje tak nak kahwin camana pulak tu? Ada jugak kan orang kurus yang tak kahwin2... adoyai, memang poyo la saya nih!!

5. Saya jadi cikgu favourite @ cikgu kesayangan? Budak2 sekarang ni tak macam dulu. Kalau cikgu sememeh je gi sekolah, pastu dressing entah apa2, diorang pun taknak pandang. Kita ngajar di depan, depa ngajar kat belakang. Ha ah kan... boleh jadi jugak. Kawan saya dekat sekolah, memang lawa, memang terbaek segar dari ladang. Hari2 gi sekolah pakai mekap, dressing A+, budak2 semua suka. Saya? Belasah apa yang ada. Budak2 pun tak perasan saya ada ke tak ada. Betul ke statement ni? Takdelah sampai macam tu... setiap cikgu ni ada lebih dan kurang. Ada budak suka, ada jugak tak suka.

Secara keseleuruhannya, saya bahagia dengan saya sekarang. Saiz L ke, XL ke ataupun XXL, semua itu tidak menjamin kebahagiaan. Selagi saya tidak menyusahkan sesiapa, tak buat sesiapa tak lena tidur, atau mandi tak basah makan tak lalu ke, biarlah saya begini. Saya tidak akan mengubah diri saya hanya untuk kelihatan baik di mata orang lain. Yang penting saya sihat serta dapat menutup aurat dengan sempurna itu sudah cukup. Yang nak berkawan dengan saya, ataupun yang nak berkahwin dengan saya (opppsttttt....) haruslah menerima saya sebagaimana saya yang sekarang... Saya tidak menetapkan sebarang syarat, kerana kita di sisiNya semua sama......
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. Br pijak timbang yg lama terbiar dlm. bilik...hazabb kot timbang tu skrg...hua..hua

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]