Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Sudah hampir dua minggu Gary di
KTAJ. Sudah banyak awek yang dikenalinya. Hampir saban hari dia menerima surat cinta. Namun bagi Gary, ia tak dipandang
serius… sekadar suka-suka. Dia makin akrab dengan Riki. So senanglah nak bikin projek nanti…
Sufi,
Diana, Dydy, Jojy, Jennic dan ramai lagi antara awek yang pernah dikenalinya.
Walaupun baru beberapa minggu di situ…Gary
dah top! Hampir semua student KTAJ mengenalinya. Maklumlah orangnya smart dan berduit. Riki pun turut
merasakan hikmahnya berkawan dengan Gary.
Gary sebenarnya tidaklah
sebaik yang disangka. Oleh kerana parasnya yang hensem, maka keburukan batin
dah diselindungkan oleh kebaikan zahir. Itulah manusia, selalu salah memilih.
Kalau di Singapura dia terkenal dengan gelaran Romeo. Berpuluh-puluh awek
dikecewakannya. Kadang-kadang dalam sehari Gary terpaksa date dengan lima
orang awek. So… bayangkanlah!!! Namun
di JB ni belum ada apa-apa gelaran yang diterimanya. Mungkin nanti dapat
pangkat playboy pula. Siapa tahu kan?
“Hey
Gary! Tunggu
dulu.” Laung Riki dari tingkat dua. Gary
di koridor tingkat satu.
“Ada apa Riki? Something wrong?”
“Nothing. Lu pegi mana semalam? Puas wa
cari satu JB. Mana lu pegi ha…?” Ucap Riki dengan nafas yang termengah-mengah.
“Wa
pegi KL. Wa punya kakak kahwin. Appara lu… okeylah Riki. Amacam kalau petang ni
kita ronda-ronda JB?”
“Okey,
set.”
Gary mengangguk.
Tangannya memaut bahu Riki. Mereka mengatur langkah ke kelas. Namun belum
sampai sepuluh langkah mereka berjalan, kedengaran satu girl memanggil Gary.
“Hai
Gary. I’m Amily. I nak berkenalan
dengan you boleh tak?”
“Hmm…sure.” Gary menelan liur memandangkan gadis yang
bernama Amily ini. Wow… dia memakai body
suit hitam paras paha yang menampakkan dadanya. Gary mempamerkan senyum mautnya. Mereka
berjabat tangan.
“Gary kita dah lewat ni.”
Bisik Riki.
Gary tersentak. Dia
tersenyum lagi.
“Okeylah
Amily, I dah lewat ni. Nah! Ini kad I kalau you free, contact I ya. Bye…”
Begitulah
everyday…ada saja awek yang nak
berkenalan dengan Gary.
Lihatlah betapa famousnya dia.
Gary dan Riki meneruskan
perjalanan.
Sampai
saja di kelas…
“Hai
Buhari, Jessica.” Dia menyapa. Jelas menunjukkan keramahan yang bukan
dibuat-buat.
Cikgu
takde dalam kelas. Hari-hari absent.
Student ERAS pun dah boring. Sekarang ni time
dah nak blah.
Gary duduk di kerusi
memikirkan apa yang hendak dibuat dengan Riki petang nanti. Tiba-tiba saja dia
teringatkan Elizabeth,
ex-girlfriendnya sewaktu di
Singapura. Gary
mengeluh. Jiwa romeonya cepat tersentuh. Walaupun keadaan sekarang tidak berapa
okey, namun siapa yang tahu walaupun Riki dan familinya. Biarlah perkara itu
menjadi rahsia di lipatan hatinya. Semuanya indah sewaktu bersama Elizabeth atau lebih
mesra dengan panggilan Beth.
Argh…kenapa ni? Kenapa asyik teringatkan
dia?
Forget it…
“Gary, jom blah.” Riki
menyiku Gary.
“Dah
pulang ke?” Gary
bertanya bodoh.
Riki
cuma mengangguk dan senyum memperli.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]