Wednesday, October 15, 2014

Nasi Maqluba Ayam Al- Bayt

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Nasi Arab Al-Bayt ni dah jadi satu fenomena sekarang. Sana sini ada yang pasal pasal nasi Arab samada nasi mandy atau nasi maqluba. Kebetulan saya ke Jaafar Rawas, tujuan utamanya nak beli cuka kurma tapi bila nampak ada peket nasi Arab segera ni, saya beli la dua kotak iaitu nasi maqluba ayam dan nasi mandy kambing Yaman. Walaupun sebelum ni dah pernah buat nasi Arab sendiri tapi saja la nak test yang ni pulak. Untuk nasi maqluba saya tak pernah lagi buat sebelum ni.





Kotak nasi maqluba yang saya beli. Di belakang kotak tu ada cara2 membuatnya. Saya rasa umum dah mengetahui yang peket nasi ni dah ada beras basmathi di dalamnya. Adik saya tu boleh pulak buat lawak, ayam ada jugak ke kat dalam? Huk alohhhh takat ni belum jumpa ayam yang dikeringkan.


Inilah hasil kejadian yang tidak seberapa. Saya agak terkejut dengan nasinya yang panjang berbanding dengan beras basmathi yang biasa saya gunakan. Agaknya beras ni beras pusa kot. Untuk ayamnya pula saya bakar guna arang sebab tak bawa balik oven. Sos harrah saya tak masukkan daun ketumbar sebab kat rumah memang tak makan daun tu. Daun ketumbar tu kan kuat sikit bau dia.

Untuk satu peket, banyak jugak nasi yang dapat. Kalau tak silap, kat kotak tu tulis makan untuk 4 orang tapi sekeluarga saya dapat makan. Yang kelakarnya bila My Cek balik nak lunch, dia katalah tak nak nasi ni, tapi My Mek kata try la dulu. Sekali bila dia makan eh sampai bertambah pulak. Saya perasan bau nasik ni lebih kurang sama dengan bau nasi bohkari. Penggunaan terung dengan cili menambahkan bau nasi ni. Oh ya, saya tak masukkan kentang dengan bunga kobis sebab tak ada.

Untuk wanita yang sibuk, tak ada masa panjang nak mask, bolehlah cuba masak nasi segera Al-Bayt ni. Selain caranya yang senang, semua bahan dah ready dalam peket tinggal nak masak saja... Selain dari nasi maqluba ayam dan nasi mandy kambing Yaman ni, ada juga nasi mandy ayam Saudi dan nasi kabsah ayam. Pilih je mana yang berkenan. Kalau susah nak dapat, boleh riki pengedarnya di FB Rempah Arab Al Bayt. Saya dah cuba... anda??

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

5 comments:

  1. Saya x pernah lagi try makan nasi Arab ni..tapi nampaknya sedap kan cheq sue

    ReplyDelete
  2. Suka makan nasi arab Melayu punya resepi sebab dia guna bahan ikut tradisi kita... Masa di Mekah & Madinah pernah makan beberapa kali nasi arab yang asli dengan nasi arab tukang masak melayu buat, memang ada beza he heheheh kalau dah tekak Melayu tu... tapi lum lagi cuba yang ini. Tq for sharing ya Cheq Sue.

    ReplyDelete
  3. mmg senang sgt guna rempah ni..cewahh promote (sebab kakak pun jual). Mak selalu order kalau sapa balik kg, kirim rempah ni..sebab adik suka makan nasik arab..sambal tomato tu standby je dlm peti ais..

    ReplyDelete
  4. sedapnya cheqsu macam nak kena try je lah

    ReplyDelete
  5. sedapnya cheqsu macam nak kena try je lah

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]