Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Mango casablanca! Akhirnya.... #menulisdenganmoodsenyum...
Kebetulan gi pasar malam, ada orang jual buah mangga. Owh my dear, dah lama dok tunggu, akhirnya ada di depan mata. Tak tahulah apa jenis mangganya tapi bukanlah mas hitam atau jenis yang berbau semerbak tu. Sekilo RM5. Saya beli 4 bijik je. Dok bajet2 cukup la sebab tak riki resepi dulu sebelum tu. Saya bukan apa yang nak buat sangat mango casablanca ni. Kebetulan ada stok whip cream dan cream cheese, tambah pulak nak cuti dah ni kena la habiskan semua benda2 cepat rosak tu.
Jadi pada malamnya bermulalah projek membuat manggo casablanca ni. Sejujurnya dah lama sangat tak bermain dengan mixer dan cream, memang sememeh dan comot abes. Saya ikut je resepi Kak Amie ni, kebetulan jugak bahan2 yang nak digunakan tu ada pada jumlah yang hampir sama.
Godek punya godek, eh tak cukup pulak 4 mangga tu, siap ada lebihan lagi adunan krimnya. Jadi saya lapiskan dengan buah peach. Bila dah semalaman dalam peti, baru sedap nak makan. Macam yang saya dah mention tadi, tak berapa ada bau mangganya. Pastu rasanya sedikit tak kena, mungkin jugak sebab mangga yang tak sesuai. Adunan cream saya tu pulak agak lembik dan tak keras walaupun dah lama dalam peti. Tapi masih boleh makan je, ala2 puding gittew...
In Sha Allah nanti nak repeat lagi, mungkin adunan saya tu ada salah at somewhere. Apapun, tq pada Kak Amie yang telah berjaya menggoda saya..
RESEPI:
MANGO CASABLANCA
SUMBER
: FAUZIAH BIRAN & AMIE'S LITTLE KITCHEN
Bahan-bahan:
27 keping
Biskut Cream Crakers
1 kg mangga
masak ranum - kupas kulit dan hiris nipis
250 gram
Philadelphia Cream Cheese - kali ini Amie gunakan jenama Anchor
2 tin (300gram
setiap 1 tin) Nestle Cream
300ml Sweeted
Cream - boleh gunakan sukatan sendiri untuk rasa manis yang dikehendaki
susu cair -
pilihan (Amie tidak gunakan)
bekas persegi
ukuiran 8" X 8"
Cara:
1. Pukul
Philadelphia Cream Cheese / Anchor Cream Cheese, Nestle Cream dan Sweeted Cream
menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Ambil satu
senduk besar campuran krim di atas dan tuang merata di bahagian dasar
bekas persegi.
3. Susun 3X3
biskut berjumlah 9 keping.
4. Tuangkan
satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun
kepingan hirisan mangga di atasnya.
6. Tuangkan
satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
7. Susun lagi
3X3 biskut sebanyak 9 keping.
8. Ulangi
langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan
lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas
persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati
segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak
untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
10. Keluarkan
bekas dari peti sejuk, dan potong untuk dinikmati.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
Wah cheq sue dah buat mango Casablanca ni..sya pula belum lagi sempat try..
ReplyDeleteSalam aidiladha cheq sue
telan air liur pagi2 nih kak... mmg nmapak sedap, baru nengok nama resepi pun dh tau sedap heheheh...
ReplyDelete