Thursday, October 30, 2014

Nasi Mandy Kambing (Daging) Yaman Al Bayt

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kali kedua try pek segera nasi arab Al Bayt. Kali ni nasi mandy kambing yaman, tapi guna daging lembu sebab x ada daging kambing. Aritu memang beli dua pek, yang ni khas untuk My Mek sebab dia tak makan ayam. 

Yang sebenarnya pek nasi ni dok ulang alik je dari CH ke Kelantan. Masa saya balik saya bawa ke CH pastu bawa balik semula ke Kelantan. Mujo gak tak pening2 lalat bila makan nasi ni. He he he...




Pek nasi mandy. Lebih kurang sama jugak dengan pek yang sebelum ni. Sejujurnya saya lebih suka nasi mandy ayam sebab bila guna daging ni payah nak dapat daging yang lembut. Pastu bila kita dah rebus lama daging tu jadi agak kering dan tak berjus. Tapi macam yang saya kata tadi la, ini untuk My Mek, just nak bagi dia rasa.


Cantik kejadian nasinya. Kuning keemasan sebab ada pewarna. Nampak daging kat tepi tu, macam kering sikit kan... Oh ya, selain daging ni saya buat jugak ayam masak merah sebab nak rasa kuah2 sikit.


Untuk sos harrah ni saya buat macam dulu jugak, tak masukkan daun ketumbar. Kali ni agak cair sikit, terlebih masuk air masa nak blend.

Apapun, dah dua kali try nasi arab segera ni, saya rasa cukuplah. Lagi untung kalau buat sendiri. Cuma untuk pilihan lagi cepat nak masak peket segera ni sangat sesuai... Jangan lupa cuba jugak nanti.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. Tempat kakak ni tak jumpa pack ready macam ini
    Sebab itulah kakak kena beli online
    Kakak suka beras dia yg panjang-panjang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kak aritu kebetulan terjumpa dekat jaafar rawas...tu yg beli. Kalau x kena beli online jugak

      Delete
  2. saya jual pek nasi arab al bayt ni
    antara produk terlaris yg wajib restok setiap minggu, hihi
    alhamdulillah rezki dr Allah

    feveret saya Mandy kambing
    sos harrah nak sedap kena letak daun ketumbar dan blend tanpa air
    sbb tomato dah ada air ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.... sy dh tengok jugak dkt hajar closet... cuma kebetulan dh beli..
      yang sos harrah tu mmg x masukkan ketumbar sebab parents x mkn... ♡♥♡♥

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]