Saturday, June 11, 2011

Air Asam Kaki Lembu

 N3 kali ni merupakan lauk lunch tadi. kalau tengok ke tajuknya cheq sue x pastilah korang pernah atau tak pernah makan lauk yang sebegini. Lauk ni memang kegemaran cek dan anak-anak. Kira-kira ni menu superb la kat rumah.
Semalam, dia bawak balik kaki lembu yang sudah siap dipotong-potong.
Meh cheq sue terangkan sikit ye... kaki lembu tu perlu dibakar, jangan sampai hangus hitam legam lak cukup sekadar hangus bulu2 di kulitnya saje... dapat tak korang bayangkan? Ni memang guna bahagian kaki je tau... kaki yang jalan2 tu ler....
bila dah hangus tu, ia perlu dikikis pulak bagi menghilangkan bulu yang ada... kiranya ni nak dapatkan isi / bahagian belulang  / kulit pada kaki tersebut tu ler.. dan bila dah bersih, bolehlah dihiris dan dipotong kecil2. bila dah dibersihkan, ia perlu direbus 2 3 jam sebab bahagian ni agak liat sikit, plasticky gitew (ade ke istilah ni....) tapi serius gua cakap beb, lauk asam ni memang masyuk, sedapppppp hingga menghirup kuah.
untuk membuat asamnya pula, biasanya xdan orang lain buat sebab cek akan buat sendiri dan kitorang akan guna yang tu je... (kire2 yang orang lain buat x kene la tu dengan selera die...). kot-kot ada yang nak cuba, ni ye resepinya. kuantiti bahan2 tu tak dapat dinyatakan sebab bergantung pada citarasa memasing.

AIR ASAM KAKI LEMBU
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- semangkuk kaki lembu yang siap direbus
- belacan
- cili padi kampung
- asam kerat lintang @ asam kiya
- garam kasar
- daun kesum

Cara-cara :
- masukkan belacan, cili padi, garam dan daun kesum dalam mangkuk. ramas2 / tumbuk2 manja hingga keluar bau
- perah limau secukup masam
- masukkan sedikit buat rebusan kaki lembu dan sebatikan (garam hancur)
- campur ke dalam mangkuk yang mengandungi kaki lembu yang telah direbus
- sedia di makan

inilah ghupenye kaki lembu yang telah siap diproses dan sedia untuk direbus. kalau diperhatikan betul2 nampak macam belulang tapi bila dah masak rasanya agak2 rangup jugak. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh susah la citer.. harap korang paham la yer.... tp bg cheq sue, 15 bintang utk resepi ni




4 comments:

  1. kak mas klu kaki lembu selalunya buat sup jerk...
    perhhh...seronoknya makan lemak2 gini kan...
    sedapppp...

    ReplyDelete
  2. Mas... tq singgah sini. kalau kaki + tulang seketui tu memang biasa dibuat sup je...tapi sebab yang ni spesel masak pun kena spesel jugak... memang request dr ayah utk buat air asam cenggini...masak lain x ndaknye die

    ReplyDelete
  3. salam, sue kalau tak silap org tganu biasa buat kaki lembu ni "rojak kateh" tu yg hubby saya biasa sebut. penah makan sekali rojak kateh sedap gak ada rasa masam2 & pedas pastu kenyal2 gitu memang mengasyikkan. air asam kaki lembu camni first time tengok, kecur liur gak dibuatnya.

    ReplyDelete
  4. eh....ni baru 1st time dengar pasal rojak kateh ni... kalau kat kelate 'kateh' tu bahagian kaki yang masih bertulang... nanti kalau ada masa cheq sue try usha rojak kateh tu pulak...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]