Tuesday, June 28, 2011

Sup Telur Cendawan

Selamat sejahtera semua...

Harap2 korang bahagia je malam2 ni ye... Amacam dinner? Ada baik kah? As mention before, dengan kehabisan stok lauk pauk kat umah ni...telur la menjadi satu pengganti a.k.a alternatif terbaeeeeek untuk disantap. Hummmm walaupun sejak azalinya cheq sue bukanlah penggemar juadah telur...kalau diberi pilihan jatuh nombor penghabisan la si telur nih. Tapi apakan daya, dek memenuhi tuntutan perut ini...maka terciptalah resepi nan ringkas lagi maveless ini.... Tang cendawan tu pulak biasalah, belen yang semalam punya... Pastu makan ngan nasik...rasa2 macam makan kat asrama lak yer... xde peneman2 nye... nasik dan sup aje... huuuuuuuuuuuuuuu...............

SUP TELUR CENDAWAN
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- sebiji telur
- semangkuk cendawan tiram
- 2 batang daun sup
- 2 biji bawang putih (ketuk)
- setengah biji bawang besar (hiris)
- sedikit halia (ketuk)
- 2 biji cili api (ketuk)
- 1 sb rempah sup
- rempah 3 sekawan : kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
- gula, garam, lada sulah, kuib ayam secukupnya

Cara membuatnya :
- panaskan minyak dan tumis bawang-bawang,rempah sup, halia dan rempah 3 sekawan hingga wangi
- masukkan cendawan, goreng sebentar dan tambahkan air
- masukkan kiub ayam, cili api dan masak hingga mendidih
- kemudian pecahkan telur dan biarkan seketika
- masukkan daun sup, lada sulah, gula dan garam secukupnya
- sedia dinikmati

8 comments:

  1. Assalam sue..tak kisahlah ngan lauk apa pun janji perut kenyangkan..sedap nmpk sup telur + cendawan tu

    ReplyDelete
  2. Wslm kak rosa... ni je la yang mampu disediakan orang bujang...janji lepas makan...

    ReplyDelete
  3. SALAM sUE...emmmm....sedapnya sup telur ngan cendawan ni...dapat semangkuk mesti bestkan...:)

    ReplyDelete
  4. rajinnya..
    sungguhpun bujang rajin masak..
    kalau maklong bujang hari2 makan sambal rasanya.. huhu..

    ReplyDelete
  5. nasi dgn telur je pun klu dah lapar nasi sepinggan tak pandang kiri kanan dh.
    sue dh ckp rajin..sy masa bujang dulu,habis stok kt dapur peluang besar le nak mkn kt luar.

    ReplyDelete
  6. cik cek, nak bagi xleh dah...mangkuk pun dah dibasuh... :)

    ReplyDelete
  7. maklong...saya ni x suka makan sambal... nak tak nak kena buat somting. bab makan ni agak cerewets jugak..

    ReplyDelete
  8. niey, kat sini payah la sikit nak pi makan kat luar. kadang2 malas nak kuar... lagipun kedai makan malay ni tak banyak sgt pun...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]