Sunday, June 5, 2011

Paratha Puff Sardin


Mmmmm... slow sungguh la tenet kat kg nih.. ada banyak n3 yang tertangguh...banyak yang nak dikongsi dengan kawan2 tapi bila nak huplod gambor sekeping pun makan berejam...haduiiiii tensen mak gini...
pagi tadi cheq sue bersarapan dengan paratha puff sardin yang dibuat menggunakan plain paratha jenama KAWAN. satu paket paratha tu menghasilkan 10 biji puff. Jom kita tgk macam mana nak membuatnya


PARATHA SARDIN PUFF
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
5 keping plain paratha
1 tin besar sardin
1 biji bawang besar
Sebiji telur
Sekeping slice cheese

Cara-cara :
* tumis bawang hingga layu dan masukkan inti sardin
* paratha puff di potong dua
* letakkan 2 sb inti yang telah dimasak di satu bahagian dan tutup paratha
* kelim bahagian tepi dengan menggunakan garfu
* sapu dengan kuning telur pada bahagian atas
* bakar suhu 170 selama 25 - 30 min

************************************************************************************

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]