Wednesday, June 8, 2011

Tripana Layer Cake

Hai semua...
Tengah hari (takpe kan? kira halal la....)  ni cheq sue nak tayang satu lagi kek yang telah dibuat semalam. tujuan utama adalah sebab nak ngabeskan edible imej BEN 10 tu ler.... kalau nak bawak balik semula ke CH, hai alamatnya lambat lagi ler nak abes.  sementara anak-anak buah masih ada ni, boleh le deme makan-makan
bila x bawak balik buku resepi ni, rasa payah pulak nak merujuk. tenet dah la slow... MyR tu lagi la susah nak masuk... jadi cheq sue selongkar la rumah kawan2 maya ni.. tu yang terberkenankan kek kak ummi ni...
cheq sue mintak kopipes ye kak ummi & hasue. kalau ikutkan mereka, kek ni dibuat marble tapi cheq sue buat layer je...sebab itulah nama kasi lain siket yer... tapi kan kek cheq sue ni x menawan sgt la...kurang seri sebab mekap tak tebal bila taruk aising pun  kaler ijau tu tak naik. mmmmmmmmmmm xpelah, kali ni aising menggunakan krimwell dibuat dengan jayanya....alhamdulillah...


Warna tak jelas. lenkali kena letak byk sket
TRIPANA LAYER CAKE
Sumber : Kak Ummi
Cuci mata : Sue-Hasue
 
Bahan-Bahan:
250 mentega
160 gula halus
5 biji telur gred B
200g tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik*
1 sudu kecik esen vanilla
1/4 cawan susu tepung*
1/8 cawan susu cair (susu sejat)
Pewarna merah, hijau, coklat emulco secukupnya

Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 175c. Sapu mentega pada loyang dan lapikkan dengan baking paper. Ayak bersama bahan-bahan bertanda *
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang/gebu.
  3. Masukkan telur satu persatu dan masukkan pula bahan-bahan yang sudah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul sebati. cheq sue masukkan susu cair jugak diselang seli (dalam step kak ummi tu dia termiss agaknya.............)
  4. Campurkan esen vanilla dan gaul sebati lagi.
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian - warnakan hijau, kuning dan purple cheq sue masukkan perisa jagung utk warna kuning dan perisa keladi utk warna ungu
  6. Tuang adunan berselang seli untuk menghasilkan marble.  cheq sue lapiskan satu-satu
  7. Bakar pada suhu 175c selama 50-55 minit bergantung kepada jenis oven masing-masing.
 
 macam huduh je cheq sue taruk aising tu kan? sedebuk gitu je nampak



AISING VANILLA
Rujukan : Yani
 
Bahan-bahan :
250 krimwell
Gula aising
Esen wanilla

Cara-cara :
Pukul krimwell sehingga gebu dan putih (naik sekali ganda)
Masukkan gula aising secukup manis
Bahagikan dan warna mengikut kehendak

* masa cheq sue selongkar rumah tu, tengok aising dia kemain lagi menjadik....jeles la sesungguhnya



No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]