Wednesday, June 1, 2011

Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Alhamdulillah... siap sudah lunch harini. Selera sungguh makan ramai2, apatah lagi dengan anak-anak buah KL yang sudah sampai. Seperti yang lain juga, cheq sue makan nasik berlaukkan ulam-ulam kg dan lauk2 biasa je tapi apa yang istimewa adalah dengan percubaan pertama membuat ayam panggang ala kenny rogers . ewahhhh.... sebenarnya semalam lagi dah perap ayam tu, tapi x sempat bakar sebab dah ada percik. so harini baru panggang. resepi ni cheq sue kopipes di rumah Kak Ummi. tengok yang dia buat tu betol2 menggoda hati nurani cheq sue.
oleh sebab kat umah hanya ada ayam yang telah dipotong-potong, cheq sue guna aje dalam setengah ekor dan bakar menggunakan arang. sebab tu la kalau korang tengok ada hitam-hitam si tampuk manggis dekat ayam tu....
 
AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Sumber : Kak Ummi 
Cuci mata :  Che Mid

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)   cheq sue guna setengah ekor je
Bahan2 untuk perap ayam : -
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- (*cheq sue guna nissan)
  • 2 sudu besar herba campuran (xde stok kt kg, x masukkan)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara:-
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- Hana perap semalaman (*akak perap 3 jam)
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
  5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. ) Cheq sue bakar menggunakan arang dan makan dengan salad kentang

6 comments:

  1. wahhh...sedap nye...dan rajin nyer...

    ReplyDelete
  2. al : kat rumah ni ramai kakitangan. sorang tukang hidup api... sorang tukang bakar... tukang makan pulak ramai lagi...tu yg terrrrrrrajin nak buat

    ReplyDelete
  3. nuni : bikin lapar xleh jadi...kena bikin buat baru buleh tahu...

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya resepi.. thanks for sharing... senang2 singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  5. tq zuwairi. insyaAllah akan dikunjungi

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]