Saturday, June 18, 2011

Hari Guru Daerah Pulak...

Selamat petang semua...
Aduh aduh...penatnya.... pagi2 keluar petang baru balik. Ada karnival yang perlu dihadiri di Tanah Rata. Alhamdulillah segalanya telah berjalan lancar.
So di petang yang damai ini marilah kita bersantai2 dengan melihat Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah pulak yang telah disambut semalam.. Disebabkan daerah kami ni agak jauh nun di atas bukit, maka sambutannya pun agak terlewat.... Heeee.... Majlis ni sebenarnya dikatakan menerima kunjungan Dato' S.K Devamany tetapi agaknya beliau ada urusan penting, maka beliau telah diwakili...
Dan seperti yang dinyatakan dalam n3 sebelum ini, geng sekolah cheq sue perlu menyanyikan 3 buah lagu, Negaraku, Guru Malaysia & Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Harap2 apa yang dilatih sepanjang minggu akan memberikan hasil yang tip top... Di CH ni bilangan sekolahnya kurang dari 30 buah, so semasa majlis sebegini lah guru-guru dapat berjumpa dan berkenal mesra... (Iye la tuhhh....)
Ini adalah kali ke 8 cheq sue menyambut hari guru di CH...agak2 entah bila nak sambut di tempat lain pulak...
Eh eh... jom pakat tengok gambar...



 Wajah-wajah yang x sabar nak naik pentas bernyanyi... Senyum meleret aje..

 Nampak je dok senyum tapi macam2 perasaan ada... asik nak terkucil je

 Lelaki-lelaki idaman... Huh... pantang jumpa kamera

 Rasa macam artis pulak... zup zap zup zap sana sini flash... masuk paper mana tak tau nih

 Beledo sirap... macam menu kenduri tapi makan dengan mee goreng.... Makanan x cukup... ramai yang merungut... len kali kena bawak jajan dari rumah

Antara anugerah yang diterima. Ada beberapa lagi yang cukup membanggakan puan pengetua. Kecemerlangan SPM, 3K dan kokurikulum

"  Guru, penjana transformasi pendidikan negara, menjayakan hasrat yang murni 1 Malaysia......"



2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]