Monday, June 13, 2011

Pokok Avokado

 Pokok avokado yang ditanam oleh seorang kawan, dah besar, sama umur dengan yang di belakang rumah cheq sue, tapi kecik sikit


Selamat petang semua...
Tengah minum petang ke? Petang ni cheq sue xde juadah untuk disajikan kerana baru je lepas makan nasik tapi nak cerita tentang POKOK AVOKADO. Dah lama dok ushar pokok ni. Teringin sangat nak buat satu n3 tentangnya. Mungkin ramai yang dah kenal macam mana buah avokado, tapi tak tahu rupa bentuk pokok dan botaninya macam mana?Cheq sue seumur hidup ni tak pernah lagi makan buah avokado ni, tak boleh bayang macam mana rasanya. Kalau di CH ni, ada musimnya untuk beli dan harganya boleh tahan. Cheq sue pernah nampak Noorsha buat avocado-smoothie yang kelihatannya tersangatlah menggoda. Apapun petang2 hari ni kita layan gambar lah ye dan sedikikt maklumat yang dikongsi bersama.


Sumber : Fazlisyam.Com

Pokok Avokado ini berasal dari Amerika Tengah. Avokado adalah sejenis tanaman yang memerlukan tanah yang subur, gembur dan tidak sesuai ditanam di tnah yang berpaya atau berair. Ia mudah berbuah di dataran rendah dan menjadi lebih subur di kawasan tropika yang sering mendapat hujan. Ketinggian pokok adalah sekitar 3-10 meter.
Akarnya tunjang, batang bulat berkayu manakala rantingnya mempunyai banyak cabang serta berambut halus. Daun Avokado tunggal dan bertangkai panjang. Bunganya pula majmuk, tersusun dan keluar dari hujung ranting dengan warna kuning kehijauan. Buahnya pula bulat bujur telur, panjang sekitar 6-20cm. Di dalamnya hanya terdapat satu biji. Isinya apabila masak akan bertukar menjadi warna kuning kehijauan.
Daun Avokado dikatakan boleh menghilangkan penyakit batu karang, darah tinggi, sakit kepala, bengkak di saluran pernafasan, sakit sendi atau saraf dan membetulkan peredaran haid. Biji Avokado yang berwarna kemerahan baik untuk radang dan menghilangkan penyakit gigi dan penyakit kencing manis.
Selain daun dan biji, isi Avokado amat penting bagi kaum wanita kerana di kebanyakkan negara di rantau ini mengamalkannya untuk dijadikan sumber herba tradisional. Isinya diproses untuk dijadikan kosmetik, hasil pembakaran dari minyaknya pula baik untuk rambut dan wajah.

Untuk maklumat tambahan : 
avokado-cantikkan-rambut
buah-avokado


 Banyak betul buah avokado ni, agak2 dah masak nanti nak mintak sebijik

7 comments:

  1. Sue - ooo...cenggini pokoknye...buah nye kalo makan cenggitu je x brape sedap...kene buat smoothies...baru mabeles...

    ReplyDelete
  2. aisey... cheq sue x pernah try lagi. kene test ni skali

    ReplyDelete
  3. buleh telan ko dok x tau nuni eh... sokmo tgk ore make jah cheq sue x rajin trai

    ReplyDelete
  4. sdak ko buah guni...? kalu sedak, bagi kokni so.. hehe

    ReplyDelete
  5. dop hau la ostat...ambo x rajin tessss lagih.. braso supo milo beng kali..

    ReplyDelete
  6. Salam..cheq sue..boleh tanyakan kt kawan cheq sue dia jual tak buah ni ? Sy tgh mencari buah ni. Kalu boleh nk beli dlm 2-3 kilo.Ni email sy..tasha.azizan@gmail.com.tq.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]