Friday, June 24, 2011
Ros : Apa Maksudnya???
Oren- (keinginan, semangat yang tinggi, cinta)
Warna oren adalah hasil campuran warna antara kuning dan merah. Ros warna oren lebih mudah diertikan adalah cubaan untuk membawa perhubungan lebih serius lagi iaitu dari seorang kawan kepada cinta sejati. Ia juga berkemungkinan menunjukkan perasaan ‘saya bangga dengan awak’.
Merah- (cinta dan romantik)
Pada kebiasaannya ros berwarna merah sering digunakan sebagai simbol untuk menunjukkan perasaan cinta sejati kepada seseorang. Tetapi disebabkan populariti ros merah yang sangat luas telah membuatkan perkembangan terhadap tujuan pemberiannya iaitu sebagai satu simbol politik atau keagamaan.
Kuning- (persahabatan, keriangan, cepat sembuh)
Sepanjang sejarah, warna kuning sering dikaitkan dengan warna matahari. Sifat matahari yag bermanfaat untuk kehidupan lain digunakan sebagai simbol kepada warna ros kuning. Bunga ros kuning memberi pesanan sebagai tanda penghargaan atau perasaan sayang yang tidak bersifat romantik kepada seseorang . Ianya lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan.
Putih- (kemurnian, tidak berdosa, simpati, kerohanian)
Sejak awal tradisi lagi ros putih digunakan sebagai luahan cinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta sejati lebih sinonim dengan warna merah. Perbezaan terhadap makna luahan cinta sejati untuk warna putih ialah, ia lebih menunjukkan kesucian, kehormatan, kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan perasaan pasangan.
Ungu- (terpesona, kemuliaan, cinta pandang pertama)
Warna ungu sinonim sebagai lambang keagungan, kemegahan dan kemewahan. Ia juga berkemungkinan membawa maksud bahawa pemberi sudah jatuh cinta sejak pada pandangan pertama lagi disebabkan perwatakan penerima yang mempersonakan.
Pink- (cinta, perasaan syukur, penghargaan)
Pesanan yang cuba disampaikan oleh pemberi bunga kepada penerima adalah ingin menunjukkan pandangannya kepada sifat penerima yang lemah lembut, comel, ayu, bersopan santun, pemalu, dan mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi. Dan berkemungkinan kerana sifat itulah yang membuatkan pemberi jatuh cinta. Ia juga berkemungkinan sebagai tanda bersyukur kerana berjaya memiliki hati penerima.
Pilihan cheq sue tentunya ros mix oren dan merah...double colour ni memang cantik dan wangi... Xderk lak gambar nak tunjuk... anda? nak yang mana?
Sumber : top5reason.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
- wahhh...ingat tadi cheq sue dpt bunge2 tu...
ReplyDeleteyelah.. maklong ingat pun sue dapat bunga dari sesaorang yang istimewa.. hehe.. jeles kemain sebab maklong tak pernah dapat bunga..
ReplyDeleteal... pernah gak dapat 2 jambak munge besor2 4 5 taun lepas...seprais bebudak masa besday
ReplyDeletemaklong...jangan le jeles... memang dapat sejambak oren kat atas tu tapi berbungkus surat kabo je... yang bawah tu plk perhiasan majlis anugerah tadi...
ReplyDelete