Firdaus terjaga. Mukanya dibasahi peluh. Melihat jam di sisi, baru pukul 5.10 pagi.
Astaghfirullahalazim….
Tidurnya diganggu mimpi yang aneh. Sudah tiga kali dia mengalami mimpi yang sama. Dalam mimpi tersebut dia dapat melihat dengan jelas peristiwa Rezal mengalami kemalangan. Dia tidak tahu di mana peristiwa itu berlaku. Yang jelas di pandangannya adalah ketika dimana kereta yang dipandu Rezal bertembung dengan sebuah lori. Tidak nampak pula di mana Iman atau orang lain.
Dia betul-betul keliru dengan mimpi yang dialaminya. Sejenak dia berfikir apakah ada alamat di sebalik mimpi itu? Tidak jadi dia mahu menyambung tidur tapi dia ke bilik air untuk mengambil wuduk. Dia mahu bermunajat pada tuhan agar diberikan dia petunjuk mengenai apa yang dialaminya. Lagipun waktu sudah pagi benar…sudah hampir Subuh.
Pergi ke pejabat pagi tu, fikirannya masih kacau. Ingatannya melayang pada Iman. Ke mana pun dia pergi wajah Iman tetap tergambar di matanya. Sekali-sekala wajah Rezal bersilih ganti dengan wajah Iman. Gambaran mimpinya tetap bertandang. Satu persoalan belum terjawab. Bukannya dia tidak pernah mengingati Iman tapi kali ini terasa begitu lain sekali. Bagai ada sesuatu yang terjadi…yang dia tidak tahu.
Apa yang patut dia buat sekarang?
Dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja di depannya. Banyak yang perlu diselesaikan tapi dia tiada mood untuk menyiapkannya. Dia lantas keluar dari biliknya dan mengambil cuti setengah hari. Membuatkan Anne tertanya-tanya. Kehairanan…
*****
Nik Fauzan mengintai Iman dari balik pintu. Wanita itu kelihatan sibuk. Sejak bercuti, inilah baru hari pertama dia datang ke pejabat dan meneruskan kerjanya. Dia bersimpati dengan apa yang dilalui, tersentuh dengan peristiwa yang dialami oleh Iman. Bergelar janda dalam usia yang sangat muda bukanlah kerelaan tapi itulah yang akan mematangkan fikirannya. Sebagai seorang kawan dia sentiasa memberikan sokongan. Sejak dari dulu dia menyukai Iman, namun sekarang dia tidak mahu dikata cuba menangguk di air keruh, cuba mengambil kesempatan atas apa yang terjadi pada gadis itu. Namun hakikatnya dia tidak dapat menipu diri bahawa dia amat merindui Iman sepanjang hampir sebulan dia bercuti. Dikawal perasaannya agar tidak terlalu ketara di mata Iman tapi dalam diam dia mengayam angan untuk mendapatkan gadis itu menghiasi hatinya.
Dia melihat jam. Hampir lunch hour. Bolehlah ajak Iman sekali. Dia segera keluar dari tempat ‘persembunyiannya’ dan menuju ke bilik Iman.
“Hai…teruk kerja you. Tak lunch ke? Jangan macam ni, kesihatan perlu di jaga jugak.”
“You rupanya Nik. Sorrylah, I dah lama holiday, so kenalah buat apa yang dah I tinggal tu. You nak belanja I lunch ke?”
“Kalau you sudi apa salahnya. I pun dah lapar ni.”
“You tunggu kejap ya. I ada sikit lagi yang nak dibereskan.”
“Okey.”
Nik Fauzan mengambil peluang itu untuk melihat Iman dari dekat. Selama ni dia hanya pandang dari jauh je. Wajahnya hanya disapu dengan mekap tipis. Tudung yang serasi dengan bajunya menambahkan lagi keayuan. Gadis itu ternyata terlalu sempurna di matanya, seindah namanya. .Di jari manisnya masih ada lagi cincin perkahwinan…kenangan yang abadi!
“Jom. Nak makan kat mana?”
“Apa kata kita makan dekat…”
“Eh korang nak gi makan ke? Boleh aku join sekali?” Fitri, salah seorang pegawai pemasaran kat situ yang muncul secara tiba-tiba mengejutkan Nik Fauzan dan Iman yang sedang berjalan keluar. Tak sempat Fauzan hendak menghabiskan ayatnya.
“Boleh, apa salahnya. Lagipun makan ramai-ramai ni lagi seronok. Tak begitu Nik?”
Nik Fauzan mengangguk. Dalam hatinya timbul rasa geram pada Fitri.
Kacau daun aje…
Takpe…one day akan tiba masanya. Hanya aku dan Iman aje. Orang lain tak boleh kacau!
*****
Firdaus melihat jam ditangannya. Mana pulak si Syam ni? Janji pukul 10 malam. Ni dah dekat pukul 11. Dia ni kalau berjanji tak pernahnya tepat.
Sedang dia merungut sensorang, handsetnya berbunyi.
“Woi hang kat mana ni?” Terus saja ditanya bila dia menerima panggilan dari Syam.
“Aku tersesat la. Hang tunggu la kat situ dulu. Sat lagi aku sampai.”
“Ya lah.”
Sesat pulak. Kata dah terror dengan jalan kat KL ni. Eksen…aku nak gi ambik tak nak. Padan muka kau…
Syam adalah sepupunya yang bekerja di Pulau Pinang. Dia sudah berjanji dengan Syam untuk mengikutnya balik ke Pulau Pinang. Dua hari lepas dia datang ke KL menghadiri satu seminar pengurusan. Dah lama tak berjumpa, terus saja dia setuju bila anak pak langnya itu mengajaknya ke sana. Lagipun dia bosan sendirian di rumah. Mama ke rumah pak longnya di Melaka. Naik tocanglah dia bila pak usu memberikan dia cuti seminggu.
Selepas segalanya selesai dan kereta dah diperiksa, mereka memulakan perjalanan. Firdaus membawa GTInya. Dibiarkan Syam berehat dahulu. Sebelum tu dia terlebih dahulu menelefon mama. Memberitahu bahawa mereka telah mula bertolak. Kang risau pulak orang tua tu.
Sepanjang perjalanan, fikirannya melayang entah ke mana-mana. Lagu yang terpasang tambah membuaikan perasannya. Syam disebelah terlena keletihan. Dalam ketenangan itu fikirannya diganggu resah. Ingatannya tertumpu pada Iman. Pemergiannya ke sana membawa satu harapan. Mungkinkah dia dapat mememui gadis idamannya?
Keretanya terus laju membelah malam…
- x sabar nye tunggu sambungan...
ReplyDeletealamak...terharu ni ada yang menunggu. tq al
ReplyDelete