Monday, June 6, 2011

Death By Chocolate Cake


Bersempena dengan hari lahir anak saudara cheq sue pada 2 Jun, terjadilah kek coklat niii.. Tapi yang lebih specialnya kek ni dikerjakan di Terengganu bersama-sama anak saudara di sana. punya la risau kot2 aising tu cair... tapi alhamdulillah masih elok lagi bila sampai tu

utk resepi kek coklat ni, cheq sue skodeng di myR. banyak tol yang dah cuba kek Mrsdayat nih... kira2 tahap kemenjadian tu 100% la... cumanya kek ni cheq sue xdan nak layer2... sebab masa terhad sgt. deco pun main taruk je... x sempat nak mikir sebab ada kesyukuran di rumah emak saudara..

Ok jom kita tgk resepi yg dikopipes macam biasa...

DEATH BY CHOCOLATE CAKE
Sumber : Mrsdayat MyR

Bahan-bahan

  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • **utk ganache**
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup
  • ##utk whipped cream
  • 1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara

  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
  7. **utk ganache**
  8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  10. tambahkan golden syrup
  11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit 
  15. untuk topping dan aising, cheq sue cuma whip topping cream coklat dan tambah sedikit gula aising
yang pakai baju hijau tu ler anak sedara cheq sue yang dok terengganu, Hawa Maisarah. dia kembar sebenarnya, tapi yang seorang lagi tu tak panjang umur

kek ni sesangat moist dan xcemuih

************************************************************************************



3 comments:

  1. - amboiii...sedap nyer...mesti anak2 sedara tu happy kan...

    - nama kek tu yg buat saspen...harap2 yg makan ok la semua nyer...hehehe

    ReplyDelete
  2. heeeeeee kalau tengok ke nama, nak makan pun tak sanggup... tapi bila kata kek coklat, semua pun berebut

    ReplyDelete
  3. Salam kunjungan, Blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]