Alhamdulillah...menginjak ke bulan Jun sudah. jadi n3 pertama ini eloklah kita menyucikan diri dengan perkara-perkara ilmiah sedikit. semalam cheq sue sekeluarga pergi ke KULIAH MAGHRIB PERDANA di MASJID IBRAHIMI, PASIR PUTEH. ceramah ni telah pun disampaikan oleh Ustaz Azhar Idris, ustaz youtube yang femes tu dari Terengganu.
Tajuk perkongsian adalah 5 SEBELUM 5
1. MUDA SEBELUM TUA
- muda : gagah dalam semua perkara urusan dunia, terutama untuk melakukan tuntutan agama
- ramai di kalangan manusia adalah disifatkan sebagai BINATANG kerana lalai dalam melaksanakan perintah Allah
- istilah muda adalah dalam umur 40 tahun ke bawah, tetapi dalam satu mazhab, muda adalah 20 tahun ke bawah
- bayangkanlah perbezaan umur yang dikatakan. dan bayangkanlah apa amalan yang telah dilakukan sepanjang umur kita hari ini
- ramai yang menunggu umur pencen untuk beribadat, sedangkan berapa banyak masakah yang kita ada untuk beramal ibadat
- fikir-fikirkanlah
2. SIHAT SEBELUM SAKIT
- seseorang hanya akan merasa nikmat sihat semasa ia sakit
- sesiapa yang menjaga perihat agamanya semasa dia sihat, Allah akan menjaga agamanya semasa dia sakit. contoh aurat
- dalam ke empat-empat mazhab (Hanafi, Syafie, Maliki dan Hambali) sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja mesti dihukum BUNUH
- bagi kebanyakan manusia, dunia sekarang lebih BESAR dan dilebihkan kerana lebih mementingkan urusan duniawi tanpa memikirkan bekalan hidup mati
- kita??
3. KAYA SEBELUM MISKIN
- kaya : ada kesenangan dan tidak berhajat kepada sesuatu yang lain
- miskin : orang yang paling miskin di dunia adalah sehingga tidak mampu berpakaian (telanjang)
- kalaupun seseorang itu kaya dengan harta yang melimpah ruah, tetapi dikatakan miskin sekiranya tiada anak
- orang yang paling kaya adalah orang yang mempunyai anak yang ramai kerana anak adalah harta yang paling berharga dikurniakan Allah
- nikmat yang paling lazat di dunia adalah PERKAHWINAN (SAKINAH, MAWADDAH, WA RAHMAH)
- setiap insan yang menempuh alam perkahwinan dinasihatkan supaya mempunyai anak-anak yang ramai kerana doa setiap anak-anak akan dimakbulkan. TETAPI setiap yang menjaga perlu bertanggungjawab ke atas jagaannya.
- maksudnya : ibu bapa menanggung dosa anak-anak sekiranya anak-anak itu melakukan sesuatu dosa (yang belum berkeluarga)
- Ooooooooooooooo..... aku?
4. LAPANG SEBELUM SIBUK
- banyak orang yang selalu melebihkan masa untuk urusan dunia, sehingga melupakan kepentingan agama
- ada orang sanggup berjaga dan bangun malam untuk menonton bola tetapi berapa yang boleh berjaga untuk membuat qiamullail
- sebenarnya boleh mencuri masa semasa sibuk dengan membaza zikir / selawat
5. HIDUP SEBELUM MATI
- apabila sudah mati, terputuslah segala hubungan dengan isi dunia dan akan terus diadili sejurus sahaja disemadikan
- bila sudah berumur (tua), masa akan menjadi lebih cepat perjalanannya sehingga tidak terasa saat berganti minit, hari, bulan dan tahun
- petanda dunia di akhir zaman, masa bergerak dengan cepat sebagai tanda sudah hampir dengan kematian (kubur)
- sekiranya ada kematian ibu/bapa, anak-anaklah yang WAJIB mengimamkan solat jenazah tersebut
- disarankan supaya van jenazah mengeluarkan bunyi yang tertentu sepeti ambulan supaya member lebih keinsafan pada yang mendengar
*Jadi, sama-samalah kita merenung di mana tahap kita hari ini. Dengan sedikit info ini diharap kita semua mendapat manfaat
thanks for sharing...
ReplyDeletesame... same2 la kita amik ikhtibar
ReplyDelete