Iman pergi kerja macam biasa setelah bercuti 2 hari. Menghabiskan masa di rumah, mengemaskan apa yang patut memberikan ketenangan dan kepuasan padanya.
Dia sampai agak awal ke pejabat. Sejak ada kereta sendiri ni dia tak pernah lewat. Kalau dahulu dia mengharapkan Rezal untuk menghantarnya.
Arghh…dia tidak mahu kenangan yang lalu mengganggunya pada pagi yang nian ini lantas dia pergi ke bilik Zaryn untuk mengajak temannya itu minum pagi. Itupun kalau gadis yang menjadi setiausaha bossnya dah sampai.
Ala…belum sampai pulak si Zaryn ni.
Terpaksalah dia pergi sendirian.
Tak apalah…privacy sikit.
Menuju ke restoran mamak berhampiran dengan bangunan pejabatnya, dia fikir apa yang hendak dimakannya. Tak ramai lagi pengunjung ketika itu. Duduk di tempat pilihan dia memutuskan untuk menjamah roti telur dan milo ais, sarapan kegemarannya.
Sedang dia menghadapi makanan yang baru saja sampai, telinganya menangkap satu suara yang agak familiar dibelakangnya. Kedengaran seperti suara Firdaus. Tapi takkanlah dia di Penang. Setahunya lelaki itu berada di Kuala Lumpur.
Dengan rasa ingin tahu dia segera berpaling.
Ya Allah! Betulkah apa yang aku lihat ini?
Lelaki bert-shirt kelabu yang sedang enak mengunyah roti canai itu kelihatan seperti Firdaus. Wajah, gaya dan penampilannya serupa. Sedang dia menatap lelaki itu, tiba-tiba bagaikan ada yang menyuruh, lelaki itu mengangkat muka dan memandangnya. Mata bertentang mata. Bagai terimbas kembali segala kenangan lama. Timbul satu persoalan.
Betulkah?
Iman melarikan pandangan. Dadanya berdebar. Dia tidak dapat menghabiskan makanan yang dipesannya. Segera dia keluar dari restoran tersebut. Tidak mahu kenangan lama mengganggunya!
*****
Hisyam memandang Firdaus yang terkedu. Hairan melihat sepupunya. Buat seketika roti canai di pinggan tidak diusik.
Apa hal pulak budak ni…
“Woi…kenapa kau ni?”
Sentuhan Syam di lengan mengejutkannya.
“Ha? Ada apa?” Pura-pura dia bertanya.
“Aku tanya, kenapa dengan kau ni? Aku tengok sejak kau datang sini muka kau tak pernah nak senyum. Asyik macam ayam berak kapur je.”
“Kau tak tahu apa yang aku alami sekarang. Aku ada masalah sikit tapi tak boleh nak diceritakan pada kau. Eh..kita nak ke mana lepas ni?”
“Aku nak ke pejabat tunang aku jap, lepas tu kita pergi ke pejabat aku pulak. Jom.”
Firdaus mengikut saja. Tempat orang, bukannya dia biasa sangat. Berjalan mengekori Hisyam otaknya berfikir mengenai apa yang berlaku di restoran kejap tadi. Hatinya pasti melihatkan gadis yang bertentang mata dengannya. Dia pasti bahawa itu adalah Iman. Jika bukan Iman kenapa dia melarikan diri sebaik sahaja melihatnya?
Dia pun turut terkejut sehingga tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Hanya memandang saja gadis itu keluar.
Ya Allah Ya tuhanku…seandainya telah Kau suratkan, pertemukanlah Iman denganku…
Sampai di pejabat tunang Hisyam, sekali lagi Firdaus tersentak. Receptionist yang ayu di depan pintu masuk pejabat yang bernama ‘Syarikat Pembinaan Jaya Maju’ tidak mampu menghuraikan kekusutan hatinya.
Jaya Maju? Ini tempat kerja Iman kalau tak silap.
Dia masih ingat bahawa dulu (ketika mereka masih bersama) Iman memberitahunya bahawa dia dapat kerja di syarikat ini. Dadanya berdebar. Matanya melilau ke segenap meja untuk mencari jika Iman ada di sini. Dalam pada itu dia masih lagi di belakang Hisyam. Tiba di satu bilik yang terbuka sedikit, dia dapat melihat dengan jelas dua orang perempuan di dalamnya.
Eh…macam perempuan tadi!
Dia melihat pula nama yang tergantung di pintu masuk bilik tersebut.
Eksekutif Pemasaran.
Nur Iman Mastura?
Pandangannya terarah kembali ke dalam bilik tersebut. Melihat perempuan yang berbaju kebaya dan bertudung biru lembut sedang berbincang sesuatu dengan seorang perempuan lain dalam bilik itu, dia tersenyum sendirian.
Iman, masih seperti dulu.
Nampaknya tuhan telah mengabulkan doanya.
Alhamdulillah…
Hisyam yang berada beberapa meter di hadapan berpaling ke belakang bila dia menyedari yang dia hanya bercakap seorang diri. Mana pulak Firdaus ni? Terpaksa pulak dia berundur ke belakang. Dilihatnya Firdaus sedang terhendap-hendap berdekatan bilik Iman. Perasaan hairan bertandang di benaknya. Tak faham. Dia menuju ke arah Firdaus.
“Kau kenal ke dengan Iman ni?”
Firdaus terlompat kecil. Terkejut. Hisyam telah mengganggu ketenangannya. Geram rasanya.
“Kau ni kalau tak mengejutkan aku tak boleh ke?” Dia memprotes.
“Macam mana aku tak mengejutkan kau. Kau tu yang terhendap-hendap kat sini. Jangan buat aku malu Fir. Kalau Hajar tahu mahunya kecoh satu opis ni.”
Firdaus mendengus perlahan. Bagaimana dia nak buat Hisyam faham situasinya.
“Eh Syam. Apa yang you buat kat sini?”
Kedengaran satu suara menyapa. Mereka berpaling. Sekali lagi Firdaus dilanda debar. Rupanya Iman yang menegur. Barangkali terdengar kekecohan yang berlaku berdekatan biliknya. Tapi, macam mana pulak dia boleh kenal dengan Hisyam?
Bagai mengalami perasaan yang sama dengannya, Iman turut mempamerkan wajah yang confuse. Tak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Firdaus…
“Sorrylah Iman. Cousin I ni ha, daripada tadi di sini. I ingatkan dia kenal you. Well…I kenalkan ni, Firdaus.”
“Fir…ni Iman. Kawan aku.”
Matanya masih belum puas menatapi wajah yang dirindui sekian lama. Mereka bersalaman, kononnya baru berkenalan. Satu perasaan yang lain, amat lain berkunjung ke jiwanya saat jemari saling bersentuhan.
Bagai menyalakan kembali cahaya yang kesuraman…
Bagai memberikan air pada gurun yang kegersangan…
Tak sanggup dilepaskan salaman itu sehinggalah Hisyam menyikunya…
- saspen...saspen...
ReplyDeleteTunggu al... cari masa nak sambung nih
ReplyDelete