Thursday, June 16, 2011

Mango Smoothie

Selamat petang semua....
Aduh aduh.... penatnya rasa. Balik rehearsal tadi tiba-tiba mabuk kereta pulak. Almaklumlah bila menumpang kereta orang, duduk lak belakang cepat la sgt nak pening kepala dan loya... ohhhhh tidak...belum kawen okeh... jangan dok pikior pukan-bukan...
Rupa-rupanya bila dah menyanyi kat depan odien yang bermacam pangkat,  berkedudukan dan orang2 yang penuh satu dewan, lain benar perasaannye beb... tibe2 je rasa panas kat pipi...sejuk je kat tangan... pastu lutut pun macam ada sikit goyang jerk... uitttt camana nak nyanyi esok nih... harap2 sangat agar semuanya berjalan lancar... InsyaAllah... doakan cheq sue ye...
Smoothie ni pulak, ni le baru pestaim cheq sue buat dan cuba minum. sebelum ni memang tengok je... tapi memandangkan semalam ada beli mangga, elok jugak rasanya jika dicuba... sebenarnya dok plan nak buat panna cotta tapi tengok Kak Ummi tayang smoothie ni macam besssssssssssssssssss je... So godek godek godek...terhasil la akhirnya, my 1st mango smoothie....


MANGO SMOOTHIE
Sumber : Kak Ummi

Bahan:-

  • 2 biji mangga masak kuning cheq sue potong mangga tu dan simpan dalam esbok (kat bahagian freezer)
  • 4 cawan susu segar
  • 135 gm yogurt perisa mango
  • 3 - 4 sudu besar gula (ikut kemanisan buah)
  • ais kiub secukupnya
  • untuk penggunaan bahan ni cheq sue agak-agak je buat dalam satu cawan, kira tambah tolak la... buat banyak takot tak abes pulak
Cara-Cara:-

  1. Kupas dan potong kecil buah mangga dan masukkan ke dalam blender.
  2. Masukkan kesemua bahan lain dan kisar sehingga semuanya sebati/pekat. Cheq sue tambah sedikit sunquick sebab nak rasa masam-masam gitu...
  3. Tuangkan ke dalam gelas sesuai dan letak hirisan mangga jika suka. Sedia untuk dihirup.


    No comments:

    Post a Comment

    [Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]