Wednesday, June 1, 2011

Ikan Percik

Assalamualaikum... lunch?
Meh cheq sue nak tayang menu semalam. dua hari berturut-turut buat ikan percik. ikan percik ni 6 ekor... sold out semuanya. bab2 percik ni memang la seisi kuarga suke... ha la... bukan sokmo buleh dapat kannnnnnn...............

Pada sesape yang agak2 tergoda tu, ni ye resepinya. cheq sue x merujuk sesape, cuma guna resepi yang mek turunkan aje...


















IKAN PERCIK
Sumber : Sendirian Berhad


Bahan-bahan :
 5 ekor ikan kembung – bersihkan dan kelar, bubuh garam kunyit seketika
*5 biji bawang merah
*1 biji bawang putih
*1 cm halia
*5 biji cili kering
Santan pekat dari sebiji kelapa
2 batang serai – titik

Cara-cara :
  1. Blend / tumbuk bahan *
  2. Masukkan ke dalam santan. Masukkan juga serai. Masak dengan api perlahan sehingga agak2 pekat
  3. Bakar ikan sehingga masak
  4. Sapu/tuang bahan tumis yang telah disediakan terlebih dahulu tadi. Panggang sebentar
  5. Jika ingin membuat percik putih (lemak) tak perlu masukkan cili kering. Tumis yang disediakan untuk disapu pada ikan juga boleh dijadikan tumis untuk nasi kerabu (masak sehingga pecah minyak dan boleh tambah daun limau purut)


    2 comments:

    1. amboiii..meleleh... saya suka bau masa tgh bakar tu...perghh...

      ReplyDelete
    2. izan...bukan takat bau je..dengan asap2 nya sekali (maklumla guna arang dan tempurung utk bakar...) tp sy lebih suka percik ayamm..

      ReplyDelete

    [Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]