Monday, June 27, 2011

Subjek MPV Di Sekolah Harian Biasa Bakal Dimansuh?

Adui...petang ni rasa lemah je badan. Pipi pun rasa hangat je...salah satu tanda tubuh x sihat... Malas nak layan lebih2...yok masuk dapur buat lauk. Petang ni maaf lah yer...xde desert2 pencuci mulut bagai... tuan rumah diserang virus M... Rasa2 untuk berbuka nanti makan nasi je lah dengan teh suam
Berbalik pada n3 ni...pagi tadi cheq sue ada berbual dengan guru data sekolah... katanya cheq sue akan ditukarkan... Hummm nak gi mane pulak ye... Katanya subjek MPV yang cheq sue dok ajar sekarang akan dimansuhkan dan akan dikumpulkan di semua Kolej Vokasional... Eh..tak tau citer pun. Buleh cayo ke ni? Kengkawan bising je dok tanya... Ntah la ye...tunggu je la berita macam mana... Kita cikgu2 ni... "YANG MENURUT PERINTAH" adanya....

KULIM 26 Jun – Kementerian Pelajaran akan memansuhkan pengajaran mata pelajaran Vokasional (MPV) di semua sekolah harian secara berperingkat mulai sesi pengajian 2012.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah itu dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini.
“Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).
“PAV dikhususkan untuk pelajar peringkat tingkatan 1 hingga 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah cemerlang Hari Apresiasi Panglima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Panglima Besar di sini, hari ini.
Mohd. Puad memberitahu, berdasarkan perancangan, semua peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran MPV serta Kemahiran Hidup di sekolah harian sedia ada akan dikumpulkan dan diserahkan kepada Kolej Vokasional kelak.
Selain itu, katanya, kementerian turut bercadang melanjutkan tempoh pengajian peringkat menengah atas kepada tiga tahun berbanding dua tahun di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional sebelum ini.
“Selepas pelajar menamatkan peringkat pengajian menengah atas di Kolej Vokasional selama tiga tahun, mereka layak diberikan SKM Tahap IV,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM262.4 juta untuk tujuan pemberian biasiswa kepada pelajar sekolah di seluruh negara tahun ini.
“Bantuan terbabit dinamakan Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa Sukan dan Biasiswa Pra Universiti. Bantuan pertama dan kedua diberikan berdasarkan kes-kes tertentu dan kecemerlangan dalam bidang sukan.
“Sementara Biasiswa Pra Universiti diberikan kepada pelajar tingkatan enam yang layak mengikut kadar RM114 sebulan bagi pelajar aliran Sains dan RM90 aliran sastera,” jelasnya.

Sumber : Utusan Online

4 comments:

  1. hentah la tu... dgr ciler lak SMV pun dah nak dinaik taraf jadik KV... elok jugak kalau dikumpulkan satu tempat ni... ada lebihnya

    ReplyDelete
  2. mcm2 la kerajaan ni

    sy vokey gak dlu

    ReplyDelete
  3. kalau sekali fikir...dah banyak kos digunakan untuk pembukaan MPV di sekolah biasa... bila melibatkan perpindahan ni lagi banyak kos yang akan diguna...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]