Thursday, June 16, 2011

Menu zaman u

Selamat tengah hari semua...
Pukul 1 lebih dah ye... sat lagi dah nak balik, petang ni ada rehearsal koir di Tanah Rata. Mesti ramai yang sudah menyantap hidangan tengah hari. Mmmm cheq sue nak tayang menu semalam je sebab belum lunch lagi... Nun petang baru makan...
Masa belajar di UPM dulu, seorang kutip 5 ringgit seminggu berkongsi empat orang. Siapa balik cepat dia akan masak, pastu bergegas ke kelas semula. Ahhh seronok sungguh mengenangkan masa lalu, kalau lah boleh diputar kembali.....tapi hanya dalam mimpi


Bendi goreng belacan... ahhhhh sentiasa dan selamanya akan suka. Kalau dulu, gaya inilah yang di masak hari-hari. Tak pernah jemu. Selang seli dengan bayam, kangkung atau labu air

Ikan kembung goreng. Menu simple tapi maveless. Goreng garing-garing, pakai ikan saiz kecik je... Sekarang pun masih suka menu ni, terutama bila lapar tapi ada perasaan malas....................

*** Bila tengok masakan ni, dan-dan je rasa lapar... ("_")


4 comments:

  1. i nak follow u lah..eee...

    cedapnyer..masakan tu masih jadi pilihan D jugak walau dah abes U...

    ReplyDelete
  2. D...tq singgah sini... bila dah tua2 ni...ingat zaman muda...senyum je kan

    ReplyDelete
  3. - itu ke ikan yg beli 4 dpt 6? hehe

    ReplyDelete
  4. yes my dear... ada belen lagi 4...
    ikang abang la... ahaks...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]