Wednesday, June 29, 2011

Masak Lemak Pucuk Meranti & Ikan Goreng Tempoyak

Assalamualaikum dan selamat malam....

Alhamdulillah...nikmatnya berpuasa hanya pada yang melaluinya. Sesape yang turut berpuasa harini tahniah ye cheq sue ucapkan... Apa juadah berbuka tadi? Mesti sedap kan... Cheq sue petang tadi berbuka dengan sayur lemak pucuk meranti dan ikan goreng tempoyak. Aduhhhh....agak2 sampai tak kat rumah korang bau tempoyak tu? He he he....
Dah lama teringin nak makan sayur lemak ni... Rindu dengan masakan kampung... Eh, ada orang tak kenal ke pucuk meranti tu camana? Bukan.... bukan meranti pokok balak tu ye.. tapi meranti ni pokok renek je... selaian sedap dimasak lemak, meranti ni sedap jugak dicelur dan dicicah sambal belacan atau budu. Rasanya ada pahit2 sket...maklumlah ada khasiat perubatan kan. Cheq sue pun dok sini baru kenal...dok tgk pekerja ambik...bila tanya diorang kata sedap. Kat bawah ni ada cheq sue tunjukkan gambar pucuk meranti tu.


Balik sekolah tadi alhamdulillah tengok ada sepokok tumbuh berdekatan garaj... jadi rezeki cheq sue dah la yer... Kalau diperatikan dekat pucuk2 ni ada banyak semut... kene bersih betul2 la bila nak masak tu.
Untuk ikan goreng tempoyak tu pulak... cheq sue hanya menggunakan pes tempoyak belen ikan cencaru sumbat tempoyak  aritu. Rasa2 elok lagi.  Caranya, ikan macam biasa digaram kunyit dan digoreng. Kemudian tumiskan pes tempoyak dan tambah sedikit air. Pastu gaulkan aje dengan ikan yang digoreng tadi. Simple kan?

Jom tengok resepi ni yer...

***mmmmmmmm aci tak tayang pucuk meranti je dulu...cheq sue xleh nak haplod gambar nih... aci la kan...


MASAK LEMAK PUCUK MERANTI
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- seikat pucuk meranti
- 2 biji bawang merah
- sedikit lada hitam
- sedikit kunyit hidup
- sedikit ikan bilis / kiub ikan bilis
- santan dari setengah biji kelapa

Cara membuatnya :
- tumbuk lumat lada hitam, bawang merah dan kunyit hidup
- masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar
- masukkan santan ke dalam periuk
- tambahkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan pucuk meranti
- masak hingga pucuk meranti layu
** kalau nak pedas boleh ketuk 2 3 biji cili api. Kalau nak tambah isi ikan pun boleh

7 comments:

  1. a'aaa... skg mmg ada masalah nak upload gambar kan... nak upload 1 gambar pun punya ler seksa nak menunggu...

    ermm... aci jer tu... heehee

    ReplyDelete
  2. Assalam sue,igt sy jer yg problem semalam nak upload pic,rupannya ramai gak..Hehe sedap masak lomak n puding kat bawah..

    ReplyDelete
  3. eh eh.. tak pernah la rasa pucuk meranti ni.. sungguh daif tak tau la.. hmm rasa cam pucuk ubi kayu ke npahit2 nyer tu? tapi kombinasi lauk yg sangat best

    ReplyDelete
  4. Kak Diana... geram sungguh la malam tadi...sebab petang tu elok aje uploadnya... :) seb baik gambar pucuk meranti tu dah upload awal2...

    ReplyDelete
  5. CT... ye ke? masalah blogger la tu kot... kira2 semalam terbongkang masa berbuka tu... pekena sungguh

    ReplyDelete
  6. kak izah... kalau banding dengan ubi kayu, meranti ni tak la sepahit itu...pahit2 manje je... tak silap cheq sue, che mat ada pernah tayang ni di DTS

    ReplyDelete
  7. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]