Thursday, May 19, 2011

Ikan Cencaru Sumbat Tempoyak

Wahhh...kejap je lagi CS akan bukak puasa. Dah bukak puasa la...  Kali ni CS nak kongsikan 1 resepi yg CS masak utk berbuka. Ikan sumbat tempoyak...gempak tak. Sebenar-benarnya, CS baru dalam proses nak belajar makan tempoyak@juadah2 bertempoyak. Yang herannya durian CS punye la suka, tapi bila dah jadi tempoyak agak kureng pulak rasanya…. Harap2 yang ni CS mampu menelannya... Kemain wangi lagi masa goreng tu...menusuk hidung

 Bumbu2nya CS lanyak aje dalam lesung... 

 Saje nak tayang tang tempoyak tu..

 IKAN SUMBAT TEMPOYAK

Sumber : Kak Besah MyR

Bahan-bahan
  • 6 ekor ikan cencaru - 1.5kg (guna ikan kembung lg sedap) CS guna ikan cencaru seekor je
  • 2 senduk tempoyak yg pekat (buatan sndiri, yg beli tu agak cair)
  • 1 batang cili merah, 15 tangkai cili api kampung, 5 biji bawang merah - dihiris/dimayang
  • 2 kuntum bunga kantan (elok yg kincup) - dihiris haluuus.
  • 2 batang serai - dihiris haluuus.
  • sedikit ikan bilis tumbuk (x bubuh pun x pe)
  • 1 biji tomato - dicincang
  • 1/2 sudu teh puri asam jawa (asam jawa extra)
  • garam gula secukup rasa.
  • bahan2 yang lain tu CS agak2 je sesuai dengan ikan nan seekor itu
Cara-cara
  1. Ikan dibelah belakang, setelah bersih, di lumur garam kunyit - ketepikan.
  2. Gaul semua bahan2 hiris hingga sebati.
  3. Campurkan tempoyak, gaul sebati, rasalah asam garamnya. ( suaikan rasanya). Tambah cili api jika kurang pedas.
  4. Sumbat sambal tempoyak ke dalam perut ikan penuh2.
  5. Ikat ikan dgn benang kapas 3 lapis supaya isi ikan tak meleding bila di goreng. Jika di bakar x pyh ikat pun x pe..CS goreng je...tak ikat pun sebab x sumbat tempoyak banyak sgt...

6 comments:

  1. heheh...kite pon belom pandai makan tempoyak lagi...xtau la bila nk blaja2 makan...kalau durian tu, sebijik sorg pon boleh habih...tp tempoyak ni xtau la napa....

    ReplyDelete
  2. nuni...kite sahut cabaran... kalau yg gulai masam tu x berapa lagi... ni pun baru try, alhamdulillah kena dgn selera

    ReplyDelete
  3. teringin sangat nak rasa tempoyak..
    tapi belum pernah makan..
    masa study kat penang. roomate orang perak, janji nak bawa, nak suruh ayu rasa...

    sampai skrang tak dapat rasa...

    sue....
    nampak menyelerakan ikan cencaru tempoyakmu itu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kak ayu... boleh jugak saya telan ikan tu he he he... saya pun bukan hantu tempoyak...tak tahu la lepas ni... :)

    ReplyDelete
  5. salam sue.. tak pernah pulak makan ni, mesti wangi masa digoreng kan

    ada tempoyak nanti boleh juga cuba

    ReplyDelete
  6. salam ibu... say pun 1st time cuba... nak belajar la katakan...memang sedap. berpeluh2 la jugak nak abeskan... :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]