Sunday, May 22, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 6


Firdaus Maliki tersenyum memandang ke cermin. Melihat penampilannya. Puas hati. Dengan segera dia mengambil helmet berdekatan almari dan keluar menuju ke TZMnya. Hari ini dia akan keluar dengan Iman. Dan insyaAllah dia akan cuba memenangi hati gadis itu tanpa menjadi orang lain. Sesungguhnya memang dia betul-betul serius nak dekat Iman.
“Amboi! Boleh tahan mamat ni. Nak ke mana? Nak jumpa marka hang ka?” Rahim yang entah dari mana datangnya menyampuk. Terkejut Firdaus dibuatnya.
“Ala…aku nak gi jenjalan dekat Hutan Bandar ngan dia. Dah puas aku ayat nak keluar sama, baru sekarang dia setuju.” Bangga kerana ajakannya kali ini berjaya. Selalunya tak pernah Iman setuju kalau dia ajak keluar naik TZMnya. Ada saja alasan tak logiknya.
“Dah ada orang sudi ngan hang tu jangan main-mainkan dia pulak. Okeylah wei…aku nak gi sambung tidur la. Semoga hang bergembira dengan dia.” Rahim menepuk belakangnya. Moral support  beb!
          Kasih datanglah padaku
         Hulurkan tanganmu
         Biarku sambut, bersatu dalam kehangatan
         Tanpa membangkitkan kisah yang telah lalu
         Kasih datanglah padaku
         Akan ku balut luka hatimu
        Sesungguhnya aku rindu
Iman merenung cermin. Lama. Sejenak dia terfikir apakah betul apa yang sedang dia buat sekarang ni. Betul ke dia nak keluar dengan Firdaus Maliki ni? Sebelum ni bukannya dia tidak pernah keluar dengan lelaki tapi kali ni dia rasa berlainan sekali. Dadanya berdebar-debar. Sungguh dia tidak pernah merasai perasaan yang sebegini. Sebab selalunya dia hanya naik bas atau naik kereta tapi kali ni dia kena naik motor!
Ish camana ni…
Sebentar kemudian kedengaran suara Siti…
“Amboi-amboi Iman…lawanya kau hari ni. Tentu tak berkelip budak Firdaus tu tengok kau nanti.”
“Eh...kau tak tahu lagi ke aku memang dah sedia lawa? Tapi aku takut la…”
“Takut apa pulak? Dia tu baik what ? Aku jamin dia takkan apa-apakan kau. Nak ke mana korang?”
“Buat apa ‘nyibuk? Suka hati kami le nak gi mana.”
“Tu aku dengar bunyi motor. Dah sampai dah kot. Aku pegi tengok ‘ek.”
Iman dilanda debar yang hebat. Fikirannya masih tidak tentu. Walaupun keluar hanya sebagai seorang kawan, tapi dia masih ragu dengan keputusannya.
Siti menjenguk muka dengan senyuman yang berbunga-bunga…dia menganggukkan kepalanya. Iman mencapai beg sandang dan menyarung kasut VINCCInya lalu melangkah keluar.

Bismillahirrahmanirrahim…

Firdaus memandang Iman yang sedang melangkah ke arahnya dengan satu pandangan yang penuh makna. Gadis manis yang biasa berT-shirt dan jeans itu nampak lain bila mengenakan mekap tipis dan bergaya dengan tudung yang dililit dikepala.
Lawanya…
“Hai. Sorry la lama tunggu.”
Dia hanya tersenyum. Pandangan mereka berlaga bila lelaki itu menghulurkan helmet kepadanya. Iman menyambutnya teragak-agak. Dan waktu dia menaiki motor itu terbayang-bayang wajah ibu dan abahnya.  Kali ini dia melanggar arahan mereka kerana seorang lelaki. Namun dia rasa debarannya semakin menghilang bersama derasnya angin yang mengiringi perjalanannya bersama Firdaus Maliki…
Bahagia…

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]